Kedudukan di pusingan akhir untuk peserta Gegar Vaganza musim kelapan, Aweera menjadi perbualan ramai untuk ketika ini kerana di pusingan separuh akhir beliau dapat tempat pertama, namun sayang di pentas akhir beliau menduduki di tempat keenam.
Didapati menerusi platform media sosial, ramai warganet yang tidak berpuas hati kerana penyanyi tersebut mendapat tempat keenam, malah ada yang mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh para juri.
Bagi menjawab pertanyaan ramai, salah seorang juri GV8 iaitu Datuk Ramli MS atau mesra dikenali sebagai Tok Ram berkata kekalahan Aweera pada pusingan akhir ini akibat daripada kesalahan memilih lagu.
View this post on Instagram
Nombor satu pemilihan lagu salah. Lagu duet tu lagu perempuan.
Katanya lagi, apabila penyanyi lelaki membawa lagu wanita, ia akan menjadi masalah yang besar kerana mempunyai range yang berbeza.
Tambahannya lagi, ketika persembahan solo dan pusingan battle untuk Aweera, juri tidak berpuas hati memandangkan dia merupakan penyanyi rock, jadi bila membawa lagu balada ia agak tidak kena.
Sekadar info, pada konsert akhir Gegar Vaganza musim kelapan semalam, Aweera telah membawa lagu Beggin‘ (The Four Seasons) secara solo dan untuk segmen duet, dia berganding bersama Liza Hanim menyanyikan lagu Sepi (Aina Abdul).