Ramai yang tahu bahawa penyanyi Haqiem Rusli bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, namun identiti bakal isterinya masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini.
Macam-macam nama para peminat telah sebutkan tetapi pelantun lagu Tergantung Sepi itu masih lagi mengambil pendekatan untuk mengunci mulutnya dari mendedahkan identiti wanita itu.
View this post on Instagram
Di sebalik keghairahan ramai mencari siapakah wanita bertuah itu, ada pula yang bertanya adakah penyanyi Sarah Suhairi yang bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka itu.
Sarah ke yang akan kahwin dengan Haqiem?
Namun jawab penyanyi yang digilai ramai wanita terutamanya dikalangan remaja itu, Sarah Suhairi bukanlah gerangan identiti bakal isteri yang dirahsiakan olehnya.
Salah orang ini..
Apa-apa pun, harap peminat-peminat Haqiem dapat bersabar sikit ye. Nanti mesti Haqiem bagitahu punya!
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.