September 15th, 2010

gambar artis malaysia

Semalam kami terbaca ruangan Soseh-Soseh di Harian Metro. Walaupun tak secara terang-terangan, tapi penulis ruangan tersebut nampaknya macam agak tak puas hati dengan seorang artis yang tak mahu bergambar beramai-ramai sebab tak dapat keizinan suaminya masa tue.

Petikan artikel tue lebih kurang macam nie:-

[note]Sebelum majlis berakhir penganjur menjemput dia dan beberapa artis lain ke pentas bergambar kenangan dan kebetulan ketika itu suami artis tiada di tempatnya. Agaknya suami artis itu hendak ‘buang lenguh’ selepas lama duduk di kerusi. Puaslah penganjur mengajak artis itu naik ke pentas bergambar sama namun dengan nada tegas dia menolak ajakan itu. Rakan SS berasa pelik pula, apa masalahnya artis ini. Bukannya suruh buat apa pun, minta bergambar aje. Rakan SS yang memandang insiden itu dari jauh nampak artis itu sampai sudah tidak ke pentas. Wajah penganjur pula kelihatan sudah pudar semacam. Selepas bertanya sana sini, sebabnya artis itu tidak naik ke pentas kerana dia kena minta kebenaran suaminya dulu dan ketika itu suaminya belum masuk dewan lagi. [/note]

Kami nie tak la berapa pandai sangat tapi rasanya apa yang artis ini buat memang lah betul. Apa-apa pun kalau dah bergelar isteri, mesti la kena mintak kebenaran suami dulu. Kalau suami kata tak boleh, maka tak boleh la jawapnya. Kami sokong artis ini. Memang ada ciri-ciri isteri mithali.

Kalau si artis terbaca entri yang kami tulis ini, sila buat derk kepada penulis ruangan Soseh-Soseh tue. Anda berada di pihak yang benar. Tanpa suami, siapalah anda. Pedulikan mereka-mereka yang tak bersuami lagi. Diorang tak berapa faham kot kepentingan memintak izin suami untuk membuat sesuatu perkara.

Tahniah kami ucapkan kepada si artis sebab berpegang teguh untuk tidak mengambil gambar ketika itu walaupun dipujuk rayu. Good job ~~~


Comments are closed.

Loading...