Didakwa lantang bersuara mengenai isu selebriti dan artis yang menyalahguna kebenaran rentas negeri baru-baru ini, penyanyi lagenda negara, Datuk Hattan menjelaskan bahawa teguran serta nasihatnya itu tidak ditujukan khas kepada mana-mana individu.
View this post on Instagram
Datuk Hattan berkata, sesiapa yang mendapat kebenaran untuk merentas negeri daripada pihak berkuasa haruslah menggunakan peluang itu dengan baik dan amanah.
Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin ini menjelaskan bahawa segala kata-kata teguran yang dibuatnya itu adalah berdasarkan fakta dan bukan cakap-cakap kosong.
View this post on Instagram
“Ia untuk semua orang secara meluas. Bagi saya, kalau dah dapat peluang untuk ke mana-mana janganlah salah guna. Sebab kalau peluang itu disalahguna, akan membabitkan semua orang. Salah ke saya nak tegur? kalau saya tak tegur, siapa nak buat? saya bukan tegur secara membabi buta, bila saya rasa fakta itu betul, saya akan kongsi dan ia hanya pendapat peribadi..”
Hattan ditemui baru-baru ini dalam sebuah majlis pelancaran minuman jenama Stobu yang menampilkan dirinya sebagai duta untuk produk tersebut.
View this post on Instagram
Terdahulu, Datuk Hattan ada memuat naik video yang memaparkan dirinya tampil memberi teguran kepada segelintir artis serta personaliti media sosial yang ligat memuat naik foto aktiviti berhibur di media sosial sehingga mengundang kemarahan netizen.
Dalam pada itu, Datuk Hattan juga berkata bahawa dia kurang gemar dengan sikap segelintir artis yang hanya memuji apabila berhadapan namun sebaliknya apabila berada di belakang rakan selebriti yang lain.
View this post on Instagram
“Takkan nak puji saja. Bila tak puji, jadi menyampah pula. Saya dan rakan senior industri terutama sifu saya iaitu M Nasir selalu berbincang mengenai industri seni. Kalau ada nampak kelemahan, kena la tegur..” ujarnya mengakhiri temubual bersama sebuah media.