Melalui laman Instagram bekas pengacara sensasi, Nadia Annuar, dia meluahkan rasa kesal apabila ada sesetengah netizen yang membuat andaian sendiri mengenai isu perceraiannya bersama usahawan, Hafiz Salleh.
Kakak kepada pelakon Harris Annuar itu sudah putus harapan dengan netizen Malaysia yang sering bersangka buruk terhadap kisah orang lain.
Bahkan, turut persoalkan jika tindakannya mendiamkan diri daripada dedahkan aib rumah tangga itu salah dimata masyarakat.
View this post on Instagram
Ini lah masalah masyarakat kita, bila cerita dijaja makan seronok anda bercakap. Bila tak diceritakan, pandai-pandai buat bahan jajaan sendiri.
Tambahan lagi, dia menegaskan bahawa orang ramai tidak mengenali dirinya yang sebenar dan meminta semua tonton sesi podcast dia bersama Caprice untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya.
Sekadar info, nama Nadia Annuar sebelum ini meraih perhatian susulan penampilannya yang dulu bertudung, kini lebih pilih untuk free hair.