“Salah Ke Masih Berbaik Walau Dah Berpisah” – Selalu Dengan Bekas Suami, Nashkay Balas Kritikan Netizen

Trending

“Salah Ke Masih Berbaik Walau Dah Berpisah” – Selalu Dengan Bekas Suami, Nashkay Balas Kritikan Netizen

Walaupun sudah mengambil keputusan untuk berpisah, hubungan baik di antara personaliti media sosial dan usahawan, Nashkay dengan bekas suaminya, Kelana Shamsudin Alamudi, tetap menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan segelintir netizen.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Nashkay mendedahkan dia menerima kecaman apabila muncul bersama bekas suami dalam sesi siaran langsung. Ada yang mempersoalkan tindakan mereka, seolah-olah tidak wajar untuk terus berbaik selepas bercerai.

Advertisement

Jelas Nashkay, dia enggan mendedahkan punca perceraian kerana mahu mengekalkan hubungan harmoni. Katanya, selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga, keputusan berpisah dibuat atas sebab tertentu namun tidak perlu dikongsi kepada umum.

Tambahnya lagi, mengekalkan hubungan positif bukan sahaja memberi kesan baik kepada anak-anak, malah memudahkan urusan perniagaan yang dijalankan bersama. Mereka masih boleh bekerjasama, membuat siaran langsung serta menjana pendapatan bagi menampung komitmen bersama. Luahnya,

Dulu masa bergaduh orang kecam, sekarang berbaik pun orang kecam. Netizen nak apa sebenarnya?

Terdahulu, Nashkay mengesahkan perkahwinannya dengan Kelana berakhir kerana tiada lagi persefahaman, namun mereka sepakat untuk terus bekerjasama dan menjadi ibu bapa terbaik buat anak-anak.

nashkay bekas suami
2025-08-24 11:23:25

"Kami Tak Tinggal Serumah" - Netizen Persoal Status Hubungan Nashkay & Bekas Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...