“Salah Guna Nama Imam Mahdi, Jelmaan Rasulullah” – Perlis Negeri Pertama Isytihar GISBH Kumpulan Ajaran Sesat

Berita

“Salah Guna Nama Imam Mahdi, Jelmaan Rasulullah” – Perlis Negeri Pertama Isytihar GISBH Kumpulan Ajaran Sesat

Kepercayaan dan ajaran dalam GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) didapati mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah dan perkara itu telah diputuskan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.

Perlis negeri pertama isytihar GISBH ajaran sesat

Menurut laporan Harian Metro, ini menjadikan Perlis adalah negeri pertama yang isytihar organisasi itu sebagai kumpulan ajaran sesat kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Advertisement

Keputusan untuk memutuskan organisasi berkenaan sesat adalah selepas pihak mereka menerima bukti yang meyakinkan tentang organisasi itu.

datuk dr asri

Unsur ajaran batiniah berkenaan juga adalah kesinambungan daripada ajaran al-Arqam yang difatwakan sesat. Kesan dan akibat daripada pengkultusan itu melahirkan ketaksuban yang melampau sehingga mentaati pemimpin atau golongan agama sekalipun jelas bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah.

Bercanggah dengan ajaran Islam

GISBH juga didapati mengikut arahan pemimpin yang bercanggah dengan ajaran Islam.

GISBH

Malah, mereka juga dilihat mengambil keberkatan secara melampau dari sisa tubuh badan pemimpin mereka dan mengaitkan pemimpin mereka yang dikultuskan dengan unsur yang dapat menjustifikasikan tindakan mereka yang salah dengan menggunakan nama Imam Mahdi, jelmaan Rasulullah, karamah wali, keberkatan dan seumpamanya.

Bukan itu saja, GISBH juga tidak mengamalkan model ekonomi Islam yang sebenar selepas jawatankuasa meneliti pengoperasian mereka.

anak gisbh
3 months ago

"Kena Cuci Kencing, Berak.." - Anak 'Orang Atasan' GISBH Dedah Ibu 'Terseksa' & Lalui Pelbagai Trauma

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...