September 9th, 2020

Mendapati terdapat pihak yang menyalahgunakan nama dan gambar dirinya yang didakwa sebagai cubaan menipu orang ramai, penceramah bebas Imam Muda Asyraf akui dirinya telah membuat laporan polis berikutan hal tersebut.

Salah Guna Nama Dan Gambar Tanpa Izin, Imam Muda Asyraf Tampil Buat Laporan Polis

Dedah Asyraf, wujud pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambarnya untuk mempromosikan aktiviti pelaburan kepada orang awam.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Asyrah kepada umum menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya.

“Tapi apabila memikirkan nasib mereka yang tertipu, makcik pakcik di kampung, abang-abang, adik kakak yang melabur tanpa mengetahui kesahihan akaun pelaburan. Maka saya mengambil keputusan untuk melaporkan perkara ini kepada pihak polis.”

Ujarnya lagi, beliau turut berkongsi beberapa paparan tangkap layar yang menyalahgunakan gambarnya yang tidak mempunyai kaitan dengan dirinya langsung.

Salah Guna Nama Dan Gambar Tanpa Izin, Imam Muda Asyraf Tampil Buat Laporan Polis

“Diharap kepada mereka di luar sana periksa dan berhati-hati dengan sebaran mesej Facebook seumpama ini. Bukan sekali dua. Tetapi terlalu banyak dalam pelbagai akaun berlainan. Diharap perkara ini dapat dibendung oleh pihak berkuasa.”

Lebih mengejutkan, menjengah ke ruangan komen entri terbabit, ada juga segelintir pengikutnya tampil mengakui diri mereka juga hampir terpedaya dengan poster sedemikian yang menggunakan wajah Imam Muda Asyraf.

Malah, ada juga yang menasihati agar kes seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Terdahulu, Asyraf difahamkan telah membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi, Selangor semalam.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...