Salah Guna Kuasa, Guru Besar Direman Lima Hari Bantu Siasatan

Kehidupan

Salah Guna Kuasa, Guru Besar Direman Lima Hari Bantu Siasatan

Seorang guru besar sekolah rendah berusia 54 tahun ditahan reman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes salahguna kedudukan bagi kepentingan dirinya.

Majistret Nur Faizah Abdul Sani mengeluarkan perintah reman sehingga 25 Mei di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

Advertisement

Guru besar itu tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kira-kira jam 9.30 pagi.

Menurut sumber, penjawat awam itu ketika bertugas di sebuah sekolah di Selangor telah menggunakan kedudukannya dengan mempengaruhi pihak pengurusan Badan Kebajikan Guru-Pekerja (BKGP) sekolah tersebut untuk mengeluarkan wang sumbangan zakat dari sebuah bank berjumlah RM75,000 untuk bantuan anak asnaf.

Namun, wang sumbangan yang diperoleh itu digunakan untuk kepentingan diri sendiri. Difahamkan, lelaki itu kini bertugas di sekolah lain di negeri yang sama.

Ketika dihubungi, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan terbabit dan memaklumkan kesalahan disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...