Hari ini, Mahkamah Majistret Petaling Jaya telah menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan kepada pelakon Datuk Farid Kamil atas kesalahan menggunakan dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol Januari tahun lepas.
Keputusan itu dibuat Majistret Nor Ariffin Hisham selepas Farid, 38, yang sepatutnya membela diri hari ini, memilih untuk berdiam diri.
Harian Metro melaporkan, Mahkamah juga tidak membenarkan hukuman itu ditangguhkan dan Farid akan dihantar menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang hari ini juga.
Sebelum ini, mahkamah memerintahkan Farid membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
Mengikut pertuduhan, Farid didakwa menggunakan THC yang juga dadah ditemui pada ganja di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, 4.30 petang, 11 Januari 2018.
Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.
Lima saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 18 Disember tahun lalu. –

Popo
May 16, 2019 at 8:18 am
Gelaran dato tu mcm mana? Xkena tarik ka? Memalukan dato2 seantero jeee
burit
May 16, 2019 at 9:23 am
duhhh.. memang banyak dato2 kat malaysia ni memalukan.. tidak memberikan apa2 sumbangan pun. puii
AKU
May 16, 2019 at 8:14 am
bagaimana cara utk mengunakan ganja secara betul ye??? hahahahaha
joe
May 16, 2019 at 12:43 pm
rasanya kes ni sbb pukul polis, kalau ambik dadah, urine positif, dia hantar pusat pemulihan mcm kat ipoh sna..
cth kalau yg kena tangkap ada sepeket ice, dia byr jamin, lepas
mcm dlm penjara sg buluh or kajang, banduan2 dia kes jenayah, jual dadah, rompak,rogol, bunuh…silap statement ni…nnti baca transkrip mahkamah bru tahu
babe
May 16, 2019 at 12:49 pm
buat cake…ni cara2nya, raya ni boleh lah try, bg tetamu skit2 je, karang dia duduk umah kau nk melantak je, lepas melantak, dia ambik bantal, tido…