Tular dakwaan terlibat dalam jenayah gangguan seksual, pempengaruh ‘tebuk’ mengaji yang dikenali ramai iaitu Abdul Qawiy atau lebih mesra dipanggil Qawiy tampil pertahankan diri.
Kata Qawiy tuduhan yang tular itu sama sekali tidak benar dan fitnah semata-mata.
Qawiy tak perlu pun balas dan jawab kenyataan atau surat terbuka yang tular tetapi memandangkan ramai yang dah tahu isu ini dan untuk mengelakkan salah faham dan fitnah.
View this post on Instagram
Semalam, tular di platform X laporan polis seorang individu yang mendakwa Qawiy memintanya untuk lakukan hal tidak senonoh berhubung panggilan video selain menghantar mesej berbaur lucah serta cuba meraba sewaktu mereka keluar bersama.
Bahkan, individu itu turut mendakwa dirinya dimaki hamun oleh ‘pentaksub’ Qawiy dan menuntut agar influencer itu melakukan sumpah laknat bagi menafikan perbuatannya.