Pelakon Badrol Shah mengakui dirinya trauma dengan tindakan pihak hospital yang memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia akibat COVID-19.
Semalam, pelakon filem Busut Bonang ini memaklumkan isterinya, Farah Shila Mazlan telah dilaporkan meninggal dunia oleh doktor.
Namun, pada sebelah malam pula, ada seorang doktor lain pula menghubungi Badrol dan memberitahu bahawa isterinya sedang nazak dan belum meninggal dunia.
Petang semalam, doktor menghubungi saya mengatakan isteri sudah meninggal. Di sebelah malam pula, seorang doktor lain pula memaklumkan isteri sedang nazak. Selepas diberitahu tentang isteri sudah meninggal dunia, saya kongsikan berita itu di Facebook andai kata ada sesiapa yang mengenalinya mempunyai hutang piutang yang belum dilunaskan, mereka akan dapat tahu berita ini.
Dia mula berasa keliru dengan berita itu dan trauma apabila ada yang menuduhnya cuba menipu dan meraih simpati.
View this post on Instagram
Isteri Badrol, Farah yang juga seorang guru agama di sebuah sekolah rendah agama sudah sembilan hari ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.
Terdahulu, Badrol sekeluarga termasuk empat anaknya telah disahkan positif COVID-19 dan selesai menjalani kuarantin di rumah pada 1 Ogos lalu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik