Salah Faham Dengan Pereka Fesyen Isu Gimik KLFW : Fazura Tidak Nafi Ada Artis Wanita Ingin Sabotaj?

Hiburan

Salah Faham Dengan Pereka Fesyen Isu Gimik KLFW : Fazura Tidak Nafi Ada Artis Wanita Ingin Sabotaj?

Isu gimik model terbaring Fazura pada acara KLFW 2018 nampaknya masih belum selesai. Pada mulanya ada yang mendakwa beliau meniru idea Dries Van Noten untuk Summer Spring Collection 2015, kemudian timbul pula dakwaan terbaru apabila ada seorang pereka fesyen dari Singapura yang kini berpangkalan di London, Ashley Isham  mengatakan gimik model terbaring itu telah beliau lakukan terlebih dahulu pada pertunjukan fesyen sekitar tahun 2014.

Advertisement

Status yang dimuat naik oleh Ashley di akaun Instagramnya membuatkan ramai netizen mengecam Fazura meniru idea serta usaha orang lain.

Walaubagaimanapun, tidak lama selepas itu, Ashley telah memadam ‘posting’ tersebut dan telah membuat permohonan maaf kepada Fazura. Kata Ashley apa yang berlaku cuma satu salah faham sahaja. Tidak mudah melenting, Fazura juga menyambut baik permohonan maaf pereka fesyen itu.


Berbicara kepada pihak media mengenai kontroversi hangat ini, Fazura menerusi portal Suria FM memberitahu beliau agak terkejut dengan kenyataan Ashley sebelum ini. Tidak timbul isu plagiat kerana beliau tidak pernah mengenali siapa Ashley.

Sejujurnya saya tidak pernah dengar atau mengenali siapa sebenarnya Ashley Isham. Yang saya kenal kebanyakannya pereka fesyen daripada Malaysia dan luar negara. Tapi Ashley saya percaya mungkin dia merupakan pereka fesyen terkenal tetapi saya tidak mengenali serta mengikuti perkembangannya. Apabila saya dimaklumkan tentang status yang dimuatnaik olehnya, saya memang amat terkejut kerana ‘finale’ yang dilakukan olehnya pada tahun 2014 itu agak sama dengan ‘finale’ yang saya buat untuk KLFW2018 baru-baru ini.

Tetapi apabila saya dituduh melakukan plagiat atau meniru dia, saya menafikan sebab ianya tidak benar sama sekali kerana saya sendiri pun tidak pernah melihat ‘finale’ yang dibuat oleh Ashley pada tahun 2014.

 

Namun, beliau akui pertunjukan akhir label Fazbulous memang diinspirasikan daripada Dries Van Noten. Pada masa yang sama, Fazura tidak menafikan isu hangat ini dan segala provokasi terhadap dirinya dicetuskan oleh seorang artis wanita dan peminatnya yang sudah lama cuba ingin menjatuhkan beliau.

Saya harus mengakui sebagai manusia terdapat macam-macam hasutan serta perasan yang syaitan nak kita dihasuti dan tewas. Saya tidak nafikan perkara itu dan saya sedar ada sesetengah ‘puak’ yang sentiasa memerhatikan gerak geri serta mencari kesilapan saya. Mereka juga sering melakukan pelbagai provokasi serta cubaan-cubaan sabotaj untuk menjatuhkan saya.

Sebagai seorang yang beragama Islam, Fazura tidak mahu menyimpan perasaan dendam terhadap pihak yang ingin mensabotaj beliau. Fazura memaafkan mereka dan berdoa agar satu hari nanti mereka akan insaf dan sedar perbuatan mereka itu tidak baik.

Sumber Berita : Suria FM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...