Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Salah Faham Dengan Pengacara : Janna Nick Tidak Mahu Isu Tersebut Berpanjangan

Sekitar minggu lepas,  Jann Nick dikatakan sedang ‘berperang’ dengan seorang pengacara  sehingga pengacara berkenaan memuat naik status yang memburukkan nama Janna yang baru sahaja ingin menapak dalam industri hiburan tempatan.

Menurut Janna, apa yang berlaku cuma salah faham sahaja dan beliau hanya ingin mencari keserasian sebelum ditemurahmah dengan bertanyakan pengacara tersebut daripada program televisyen mana.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Janna enggan lagi ambil pusing mengenai perkara berkenaan kerana tidak mahu memanjangkan isu tersebut.

Pernah juga saya mencari semula kenyataan yang dibuat olehnya sebelum ini di laman sosial. Tapi tak berjaya. Mungkin dia sudah memadamkannya.

Jadi kira perkara itu dah selesai. Saya pun tak nak ungkit cerita itu. Jauh sekali membuat sebarang kenyataan balas kerana tidak tahu apa yang ditulis olehnya sebelum itu.

Janna juga tidak mahu mencari musuh dan melayan cerita yang disifatkan tidak bermanfaat buat dirinya.

Advertisement

Ini kerana saya tidak mahu mencari musuh dalam tempat saya mencari rezeki. Lagipun buat apa kita nak terlalu mengenangkan cerita yang tak ada manfaat seperti itu.

Lebih baik kita saling bermaaf-maafan antara satu sama lain. Mana yang keruh itu, lebih baik bagi jernih segera supaya hati tenang dan mudah bekerja.

Kalau hal sentap menyentap ni memang susah untuk diselesaikan jika ada rasa ego, baguslah Janna tidak melayan perkara seperti itu kerana ia tidak akan pernah habis. Anggaplah apa sahaja yang berlaku dengan pengacara tersebut salah satu pengalaman untuk anda bertahan dalam industri hiburan.

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top