Sekitar minggu lepas, Jann Nick dikatakan sedang ‘berperang’ dengan seorang pengacara sehingga pengacara berkenaan memuat naik status yang memburukkan nama Janna yang baru sahaja ingin menapak dalam industri hiburan tempatan.
Menurut Janna, apa yang berlaku cuma salah faham sahaja dan beliau hanya ingin mencari keserasian sebelum ditemurahmah dengan bertanyakan pengacara tersebut daripada program televisyen mana.
Walaubagaimanapun, Janna enggan lagi ambil pusing mengenai perkara berkenaan kerana tidak mahu memanjangkan isu tersebut.
Pernah juga saya mencari semula kenyataan yang dibuat olehnya sebelum ini di laman sosial. Tapi tak berjaya. Mungkin dia sudah memadamkannya.
Jadi kira perkara itu dah selesai. Saya pun tak nak ungkit cerita itu. Jauh sekali membuat sebarang kenyataan balas kerana tidak tahu apa yang ditulis olehnya sebelum itu.
Janna juga tidak mahu mencari musuh dan melayan cerita yang disifatkan tidak bermanfaat buat dirinya.
Ini kerana saya tidak mahu mencari musuh dalam tempat saya mencari rezeki. Lagipun buat apa kita nak terlalu mengenangkan cerita yang tak ada manfaat seperti itu.
Lebih baik kita saling bermaaf-maafan antara satu sama lain. Mana yang keruh itu, lebih baik bagi jernih segera supaya hati tenang dan mudah bekerja.
Kalau hal sentap menyentap ni memang susah untuk diselesaikan jika ada rasa ego, baguslah Janna tidak melayan perkara seperti itu kerana ia tidak akan pernah habis. Anggaplah apa sahaja yang berlaku dengan pengacara tersebut salah satu pengalaman untuk anda bertahan dalam industri hiburan.