“Salah Badan Tu..” – Wanita Mengadu Baju Raya Tak Sama Dengan Iklan, Tiba-Tiba Kena ‘Body Shaming’

Kehidupan

“Salah Badan Tu..” – Wanita Mengadu Baju Raya Tak Sama Dengan Iklan, Tiba-Tiba Kena ‘Body Shaming’

Sudah pasti ramai wanita ketika minggu terakhir Ramadan ini sedang berpusu-pusu menyiapkan diri untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti dengan membeli baju raya di kedai ataupun di atas talian.

Jika lihat pada jualan atas talian ataupun media sosial, bermulanya Ramadan, sudah banyak jenama-jenama yang ada mempromosikan baju raya rekaan mereka.

Advertisement

Bagaimanapun, akhir-akhir ini sering kali didengari pembeli berasa tidak puas hati dengan pembelian baju raya yang dibeli secara online dan meluahkannya di media sosial masing-masing.

Seperti yang dimuat naik oleh seorang wanita di platform TikToknya, jelas dirinya berasa kecewa apabila menunjukkan pakaian yang dibeli di jenama terkenal tidak sama seperti yang dilihat ketika jenama itu mempromosikan baju raya berkenaan.

Wanita berkenaan menunjukkan video daripada anaknya mencuba baju raya itu yang belum digosok hinggalah pakaian itu diubah suai sendiri olehnya.

Lebih mengejutkan lagi, ramai juga pembeli lain yang membeli baju raya di kedai terbabit mengalami masalahnya yang sama seperti yang ditunjukkan oleh beliau di dalam video berkenaan.

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati terhadap wanita itu serta menasihati agar tidak terlalu mempercayai sizing yang ditunjukkan kerana jika di dalam gambar yang dipromosikan, mereka akan alter baju itu mengikut badan model terbabit.

Tetapi dalam pada masa yang sama, ada juga yang sempat body shaming wanita berkenaan dengan mengatakan dia tidak sedar diri apabila membeli pakaian seperti itu.

Sehinga kini, video di TikTok itu telah meraih 300,000 lebih tontonan daripada pengguna platform itu dan 8000 tanda suka.

scammer baju raya
3 years ago

"Jangan Beli!" - Individu Kongsi Senarai 'Scammer' Jual Baju Raya, Ada Yang Dah Terkena?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...