Salah Anggap Bayi Masih Lapar Dengan Susu Ibu, Pakar Pediatrik Ini Perjelas Perkara Sebenar

Trending

Salah Anggap Bayi Masih Lapar Dengan Susu Ibu, Pakar Pediatrik Ini Perjelas Perkara Sebenar

Setiap ibu pasti mempunyai niat yang jelas untuk memberi susu badan dari awal kelahiran bayi sehinggalah menjangkau umur 2 tahun.

Advertisement

Kita mengetahui bahawa susu badan ibu mempunyai 1001 kebaikan kepada bayi di samping membentuk sistem ketahanan tubuh badan bayi.

Tetapi, perlu diingatkan ilmu yang betul membantu penyusuan ibu yang efektif serta mengelakkan dari terjadinya penyakit yang tidak diingini.

Terbaru, seorang pakar pediatrik tampil berkongsi ilmu sebenar mengenai penyusuan susu ibu yang boleh mengelakkan ibu dari menjadi panik dan terus berfikiran bahawa bayi mereka masih laparkan susu.

Baca perkongsian di bawah..

Assalammualaikum & salam sejahtera.

Saya memahami setiap ibu yang BF & yang tak dapat breastfeeding anak means bg anak FM. Kedua2nya tidak perlu kita kutuk tapi kita bagi ilmu yang jelas.

Dua hari ni saya dapat 2 kes:

1) Baby umur sebulan menyusu ibu tapi mixed dgn FM sbb ibu rasa susu tak cukup. Baby datang sebab batuk berkahak teruk & saya refer ke hospital for investigation untuk Pertusis.

Alasannya bagi FM sebab bayi macam tak kenyang menyusu ibu dan baby kerap terjaga menangis selepas disusukan (mak ingat baby dah kenyang).

Berdasarkan sejarah, bayi memang tak dibedung daripada awal, maka anak yang ada INVOLUNTARY MOVEMENT (pergerakan otot yg tidak terkawal oleh otak / tanpa disedari) selalu “limbs shaking/kaki tangan bergetar” (macam dlm video bawah) bila diletakkan ke bawah setelah tertidur dipangkuan. Lepas itu, mak anggap bayi masih tak cukup susu maka di berikan susu FM.

Seperti biasa, bayi memang ada sucking reflex (refleks hisapan iaitu sejenis primitive reflex).

Jadi bayi minum hingga terlebih kenyang.

Bayi yang ada GER (Gastroesophageal Reflux : injap esofagus bawah yg lembik) menyebabkan bayi mudah muntah / menjeluak & baby boleh dapat aspiration pneumonia (radang paru2 akibat tersedak susu dlm paru2).

Jadi kesimpulannya ibu ini tidak faham yang bayinya telah kenyang dengan susu ibu maka diberikan FM disebabkan dia tidak faham bayinya cuma kerap terkejut akibat tidak dibedung semasa tidur.

Selalunya bayi akan lena dipangkuan ibu sbb tangan kakinya dipeluk tapi bila diletakkan, bayi yang belum betul2 lena akan mudah terkejut & menangis semula. Inilah perkara2 yg selalu buat IBU SALAH ANGGAP BABY MASIH LAPAR DGN SUSU IBU.

Jadi ini masalah kurang ilmu bukan masalah kurang susu.

2) Ada ibu datang bawa baby umur 2 bulan yg bayinya ada masalah colic tapi mak dah tak nak bg susu ibu, sbb dia kata susu cair.

Dia cuma pump susu keluar sebab anak dia memang struggle utk BF. Susah nak sustained latching & kerap terlepas…

Saya periksa payudara ibu dan cuba perah guna tangan, tapi susunya memancut keluar tapi susu fore milk (susu awal). Memang agak cair tapi setelah memerah dlm 3- 5 min, susu yg pekat keluar (hind milk/susu akhir yg pekat).

Saya periksa bayi memang ada lidah pendek sebab ada tali bawah lidah (tongue tie mcm video bawah ni) type 2, restricted pattern (gerakan lidah terhad).

So saya pun menerangkan kat ibu yang anak dia failed to latch on bukan sebab susu cair, tapi disebabkan oleh tongue tie @ bawah lidah ada tali.

Saya terus buat frenotomy (pembedahan kecil utk putuskan tali bawah lidah) dan anak boleh menghisap susu ibu semula dgn teknik craddle & postioning (pegangan bayi & posisi) yg betul.

Harap2 ibu ni tak salah faham dengan susunya cair lagi selepas saya ceritakan bahawa susunya yang terbaik sebab bagi antibodi.

Ini bukan masalah susu cair tapi masalah kecuaian para doktor & nurse utk check properly semasa bayi lahir utk lihat ada tongue tie ke tidak.

Kes lain yang saya nak share..

3) Saya pernah dapat kes ibu yang menyusukan anak sepenuhnya tapi anak kerap jatuh sakit. Macam2lah daripada kerap selesema, batuk sbb tonsilitis & bronchiolitis, tapi belum pernah tahap masuk ward guna oxygen supply.

Ibu pernah berkira2 utk bg baby FM sbb dia pernah kata anaknya tak sesuai dengan susunya.

Saya yang tekankan bahawa kalau dia mula bagi FM, anaknya akan mudah kena jangkitan kuman yang sangat serius.

Memang kita harap susu ibu anak tak akan jatuh sakit, tetapi ini adalah NONSENSE (karut). Mana ada method prevention dalam dunia yg 100% akan protect baby ini yang masuk akal.

Susu ibu akan bekalkan antibodi yang ibu ada maksudnya ibu pernah terdedah dengan kuman2 tertentu. Tapi ada kuman2 yang ibu tak pernah terdedah bermaksud tiada antibodi lagi.

Malangnya baby dah terdedah kepada kuman tersebut terlebih dahulu sebelum ibunya.

Mungkin sebab bercampur gaul dengan kanak2 lain di taska atau abang kakak bawak balik daripada sekolah. Jadi susu ibunya belum ada antibody tersebut, maka bayi itu jatuh sakitlah.

Namun, walaupun sakit ada hikmahnya sebab ia akan ‘melatih’ askar2 pertahanan dalam tubuh bayi untuk berlawan dengan kuman2 tu.

Namun ibu tetap kena susukan sebab dalam susu ibu ada banyak protein perlindungan lain yang bantu sistem pertahanan bayi agar lebih kuat berlawan.

Kesimpulannya..

Jangan terus salahkan bayi susu ibu pun selalu jatuh sakit.

Saya rasa belum pernah saya jumpa manusia yang tak pernah sakit. Ada yang bangga bagi anak FM tak pernah sakit selama setahun tapi akhirnya datang dengan jangkitan kuman yang teruk pada umur 18 bulan.

Sampai kena bagi oksigen dan lain-lain.

Bila kita baca statistik, jangkitan kuman yang teruk2 selalu berlaku kepada kanak2 yang diberi FM berbanding bayi yg diberikan susu ibu. Bayi yang diberi susu ibu juga boleh sakit sebab dia tu manusia biasa dan bukan kebal.

Yang penting jika ibu-ibu gagal BF, kena belajar daripada kesilapan & cari punca kenapa masalah BF berlaku tanpa cepat sangat nak bagi FM.

Hanya jika betul2 ada masalah production yang sangat kurang atas apa sebab sahaja dan TELAH BERUSAHA SEDAYA UPAYA tapi tetap gagal, terimalah dengan redha kerana itu dah memang bahagian rezeki bayi.

Ibu-ibu yang berjaya BF bayi pun janganlah menjatuhkan hukuman kepada ibu yang tak menyusukan anaknya dengan susu ibu sepenuhnya sebagai IBU YANG GAGAL atau bersalah.

Mereka gagal kerana kurang ilmu dan pengalaman & tidak dapat panduan yang betul. Sebab setiap orang punya latarbelakang dan sokongan yang berbeza masalah dan punya kekuatan mental & motivasi yang berbeza.

Ibu yan berjaya menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu berusaha bagi bantuan & ilmu yang BETUL kepada ibu yang perlukan bantuan.

Ada cara lain iaitu dapatkan susu ibu susuan sebagai ganti susu formula.

Sebab itu saya wujudkan satu platform BCNP untuk para kaunselor yang terdiri daripada ibu-ibu yang berjaya menyusukan anak untuk bagi bantuan kepada ibu-ibu yang menghadapi pelbagai cabaran.

Sumber : Hairin Anisa Tajuddin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...