Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saksikan Ziana Zain, Noraniza Idris, Awie dan Jamal Abdillah Berdikir Barat Malam Ini Dan Esok

Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai kesenian tradisi, antara yang terkenal ialah seni persembahan Dikir Barat dari Kelantan. Seni ini bukan saja mempunyai peminat dari kalangan penduduk Pantai Timur, malah mempunyai peminat dari seluruh Negara.

Justeru itu, sebagai salah satu usaha untuk memartabatkan kesenian Dikir Barat, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menyajikan kepada pencinta seni tanah air pada malam ini dan esok, Konsert Ekstravaganza Dikir : Segalanya Dikir! yang bertemakan “Dari DESA ke ISTANA” bertujuan mengajak khalayak kontemporari untuk menikmati persembahan tradisional yang popular di pentas berprestij apatah lagi pertaruhan artis popular bukan semata-mata untuk menarik minat generasi muda Malaysia sahaja, bahkan ianya adalah satu suntikan komersil dan menggalakkan eksperimen yang sihat menerusi muzik tradisional dan kontemporari dalam arus industri muzik perdana tanahair.

Masih belum terlambat bagi para peminat seni tanah air untuk mendapatkan tiket bagi menyaksikan konsert Dikir Ekstravaganza untuk malam ini dan esok. Rangkaian harga tiket berjumlah RM 20, RM 35, RM 45 dan RM 65 sahaja melaluiwww.ticket2u.biz atau datang ke kaunter Box-Office, Istana Budaya hari ini mulai pukul 2.00 petang hingga 9.00 malam untuk membeli tiket dan esok pada waktu pejabat. Untuk malam ini terdapat persembahan dari Ziana Zain dan Hazama manakala esok pula akan menampilkan legenda Rock Awie dan Raja Pop Jamal Abdillah.

Antara artis yang terlibat untuk kedua-dua malam ialah Halim Yazid, Jen Enduro, Fendi Kenali, Sabri Yunus, Roy Kapilla, Noraniza Idris, Bob AF, Shruti, Eyo Hock Seng, Dennis Lau, Danial Lee (Malaysian Idol), Jimmy Palikat, Ito Blues Gang, Poe, Sesastre, Wakaka Crew, Alif Satar, Jamal Abdillah dan Lan & Typewriter.

Advertisement

Datang jangan tak datang!

Kredit gambar: arsenalredjuan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

14 Comments

  1. fidjie

    July 2, 2012 at 5:47 pm

    kak Ziana kan belum di seru untuk b’tudung ! .. sekarang , br di seru untuk cucuk muka ! ..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama