Saksikan Iklan Raya SAJI Buat Netizen Sebak, Angkat Kisah Konflik Hubungan Ayah-Anak

Branded

Saksikan Iklan Raya SAJI Buat Netizen Sebak, Angkat Kisah Konflik Hubungan Ayah-Anak

‘Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang hayat’. Mutiara kata yang terkenal ini menjadi simbolik erti kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak. Walaupun apa yang berlaku, ikatan darah anak beranak tidak akan terputus buat selamanya.

Ramadan yang lalu, SAJI buat julung kalinya membawakan Awie dalam watak “SABAR” yang diinspirasikan daripada kisah masyarakat. Kali ini, SAJI sekali lagi menjentik emosi dengan kisah bapa dan anak yang terkesan dek kata hati dan terbawa-bawa dengan emosi.

Iklan Raya SAJI tahun ini mengisahkan dua beranak yang tinggal bersama setelah si isteri dan ibu yang kembali ke rahmatullah. Mereka mengusahakan perniagaan Sambal Paru tradisi turun-temurun sebagai mata pencarian.

Si anak yang bercita-cita tinggi, yakin untuk mengembangkan perniagaan menggunakan kuasa media sosial. Maklumlah sekarang, semuanya dijual secara online, satu dunia pun boleh berniaga kalau kena gayanya.

Tapi lain pula pandangan si ayah. Dia lebih memilih untuk hidup sederhana. Baginya, rezeki secupak takkan jadi segantang. Asalkan cukup makan pakai anak beranak, cukuplah. Tiada keperluan baginya untuk terlalu menggapai yang belum tentu pasti.

Akibat salah faham, si anak mengambil keputusan membawa diri. Siapa sangka, cita-citanya untuk mencipta nama di alam maya menjadi. Dia dikenali ramai dengan ribuan pengikut di laman sosial.

Ketika membuat ulasan secara langsung di laman sosial, dia mencuba salah satu makanan dihantar dan tiba-tiba dia terkenang kembali rasa Sambal Paru yang dibuat dan dijualnya ayahnya. Adakah…?

Dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak, dia menjejaki kedai bernama Manih-Manih Podeh yang secara kebetulan berdekatan dengan rumahnya.

Siapa sangka, siapa menduga sebenarnya pemilik perniagaan Sambal Paru itu adalah…

Nak tahu pengakhirannya, kenalah tonton iklan Raya dari SAJI sampai habis. Sarat dengan babak-babak yang akan buat penonton bergenang air mata.

Iklan Raya SAJI Manih-Manih Podeh

Menangi Emas Raya sehingga RM170,000

contest raya saji

Sementara itu, musim-musim Raya ni, nak masak juadah untuk tetamu, jadikan Minyak Masak SAJI pilihan utama anda. Beli, hantar dan berpeluang menang emas raya bernilai sehingga RM170,000!

SAJI mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...