Memetik media, seorang daripada mangsa kemalangan tragis membabitkan bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini berada di zon merah.
Mangsa, Nik Amni dilaporkan berada dalam keadaan kritikal oleh sepupu, Nik Norbazlin Nik Mat Robi,25.
Difahamkan, mangsa menaiki bas persiaran tersebut dari Jerteh untuk pulang ke UPSI.
Mak saudara saya dapat maklumat selepas menghubungi IPD Gerik selepas melihat nombor plat bas yang tular di media sosial. Pihak polis mengesahkan nama mangsa dan menyatakan dia berada di zon merah.
Berikut adalah senarai nama penumpang yang terlibat dalam kemalangan berkenaan seperti yang tular di media sosial.
Terdapat juga seorang individu mendakwa bas tersebut dipandu terlalu laju sebelum kejadian.
Negara digemparkan dengan tragedi kemalangan ngeri membabitkan dua kenderaan berhampiran Tasik Banding, Gerik.
Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 1 pagi itu telah meragut nyawa 15 bakal pendidik setakat ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.