Saksi Dedah Serah Duit Dalam Beg Plastik Hitam, Guan Eng Didakwa Terima RM2 Juta?

Berita

Saksi Dedah Serah Duit Dalam Beg Plastik Hitam, Guan Eng Didakwa Terima RM2 Juta?

Melalui laporan Harian Metro, ahli perniagaan, G Gnanaraja telah membuat satu pendedahan yang mengejutkan selepas dia mendakwa dirinya menjadi orang tengah untuk menyerahkan wang sebanyak RM2 juta kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Terdapat dua beg plastik hitam berisi RM1 juta

Menurutnya, duit tersebut diserahkan di dalam dua beg hitam, satu disimpan dalam bilik terkunci dan satu lagi diserahkan terus kepada Guan Eng, di mana ia berlaku dalam tempoh tiga hari hari saja.

Advertisement

Dakwa Gnanaraja lagi, syarikatnya yang bernama Bumi Muhibah Capital Holding Sdn Bhd ditubuhkan atas arahan Guan Eng termasuk pembukaan akaun bank.

Guan eng duit rm2 juta

Datuk Zarul Ahmad, bekas Pengarah Consortium Zenith Construction, memilih Gnanaraja sebagai perantara sebab yakin dengan dia dan tahu dia tak terlibat dengan mana-mana parti pembangkang.

Zarul Ahmad turun dari kereta dan mengeluarkan dua beg berwarna gelap dan terus meletakkan ke dalam bonet kereta saya. Beliau mengatakan ‘1M’ (sambil meletakkan beg pertama) dan ‘1M’ (sambil meletakkan beg yang kedua). Saya melihat di dalam beg tersebut terdapat ikatan wang tunai RM100 yang banyak.

“Nampak Guan Eng pakai baju rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang berjalan masuk..”

Pada pagi 20 Ogos 2017, Zarul Ahmad mengarah usahawan itu untuk membawa salah satu beg berisi RM1 juta itu untuk diberikan kepada Guan Eng.

Guan eng terima rm2 juta

Saya melihat Guan Eng yang memakai baju rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang berwarna putih berlogo kerajaan negeri Pulau Pinang berjalan masuk ke dalam kereta Zarul Ahmad.

Sekadar info, kes ini adalah sebahagian daripada perbicaraan rasuah melibatkan projek pembinaan jalan utama dan terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.34 bilion.

rasuah di malaysia
2025-05-20 10:54:48

Angka Yang Mengejutkan, Malaysia Rugi RM4.5 Trilion Dalam Tempoh 26 Tahun Akibat Rasuah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...