Semalam, Mahkamah Majistret menjadi tumpuan ramai selepas seorang wanita berusia 40-an yang merupakan saksi utama buat kes berkaitan pendakwah bebas, Ebit Lew tampil mendedahkan sesuatu yang mengejutkan.
‘Saya tanya kenapa minta seks daripada orang, sedangkan ada isteri’
Difahamkan dari laporan Harian Metro, wanita itu mendakwa Ebit pernah berbicara mengenai layanan seksual yang diinginkan melalui panggilan video dan aplikasi WhatsApp.
Kata saksi itu, perbualan tersebut berlaku selepas dia bertanya kepada pendakwah bebas itu apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh Ebit.
Lebih banyak panggilan dia saya tidak sambut, banyak panggilan saya skip tetapi panggilan ini saya sambut dan tanya kenapa minta (seks) daripada orang lain, sedangkan sudah ada isteri.
Dia cerita tentang macam mana layanan seks daripada isteri dan bagaimana sebenarnya (layanan seks yang) dia mahukan.
Berdepan dengan 11 pertuduhan
Untuk info ramai, Ebit Lew kini sedang berdepan dengan 11 pertuduhan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas dakwaan menghantar mesej serta gambar lucah antara Mac hingga Jun 2021.
Jika didapati bersalah, individu tersebut boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali.