“Sakitnya Seakan Waktu Terhenti” – Luahan Hati Mimi Lana Di Instagram Curi Perhatian Peminat

Hiburan

“Sakitnya Seakan Waktu Terhenti” – Luahan Hati Mimi Lana Di Instagram Curi Perhatian Peminat

Pelakon Mimi Lana ada berkongsi satu luahan panjang lebar mengenai isi hatinya di Instagram.

Dalam hantaran tersebut, Mimi menulis bahawa rasa sakit putus cinta itu seperti waktu terhenti ketika menyembunyikan luka yang berada di dalam hati.

Advertisement

Putus cinta itu rasa sakitnya seakan waktu terhenti. Hidup di antara ingatan yang lumpuh dan rindu yang membunuh.

Di sebalik senyuman yang dibalas dalam setiap situasi dan pertanyaan itu memiliki luka di balik kamar yang sunyi.

Tulisnya lagi, dia tidak akan berhenti untuk menyayangi mereka yang berhak meskipun patah hati.

Semoga hati-hati yang terluka tidak pernah berhenti berkasih sayang walaupun cintanya telah pergi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen dan juga rakan selebriti mendoakan agar Mimi Lana menemui cinta sejatinya selepas ini.

Sebelum ini, Mimi Lana dan pasangannya Syafiq Kyle membuat pengumuman saat akhir mengenai pembatalan majlis nikah mereka yang sepatutnya berlangsung awal Ogos lalu.

Sehingga ke hari ini, tiada makluman rasmi mengenai punca sebenar majlis perkahwinan itu dibatalkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ezza remy
1 year ago

Tak Dedah Wajah Anak Di Instagram, Isteri Remy Ishak Beri Pesanan - "Anak Saya Tapi Makcik Pula Yang Panas"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...