“Sakitnya, 8 Tahun Saya Cuba ‘Move On’ – Erra Fazira

Hiburan

“Sakitnya, 8 Tahun Saya Cuba ‘Move On’ – Erra Fazira

Rasa sakit dan kekecewaan akibat perpisahan, sama ada putus cinta, tunang atau perceraian, biasanya memerlukan tempoh tertentu untuk pulih, bergantung kepada pendekatan individu.

Pernah melalui banyak fasa perpisahan dalam hidupnya, pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira, mendedahkan dia mengambil masa selama lapan tahun untuk ‘move on’ sewaktu putus tunang dengan bintang rock ternama, Awie, satu ketika dahulu.

Advertisement

Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Check, 52, selama lapan tahun dia mencuba sedaya upaya untuk tidak bertembung dengan bekas tunangnya itu di mana-mana acara.

Kami berpisah dengan cara yang tak ‘best’. Jadi kami saling elak mengelak dan tidak bertegur sapa selama lapan tahun.

Pernah kami terlibat dalam satu persembahan yang sama, tetapi saya pastikan kami tidak bertembung di belakang pentas. Saya akan lari kalau nampak Awie. Ketika itu saya mahu menjaga hati kerana takut terluka.

Namun kata pelakon yang mendapat jolokan Primadona filem negara itu, semuanya berubah selepas dia menerima undangan sebuah program yang dihoskan oleh Awie.

Selepas lapan tahun saya rasa saya sudah okey dan ‘move on’. Saya rasa sampai bila saya nak kena lari. Jadi saya terima untuk terlibat dalam program yang dihoskan oleh Awie.

Tak dapat dinafikan saya berdebar ketika itu. Saya pasti Awie juga berasakan perasaan yang sama sebab kali pertama nak bertemu selepas sekian lama.

Tetapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ketika itu juga Awie terus lamar saya untuk terlibat dalam sebuah projek.

Untuk rekod, Erra dan Awie pernah menjalin hubungan cinta selama beberapa tahun dan mengikat tali pertunangan pada 1997, namun ikatan tersebut terlerai pada 1998. Kedua-dua mereka pernah mencipta fenomena selepas membintangi filem pecah panggung, Sembilu, arahan Datuk Yusof Haslam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

boyfriend baru fiza halim
2025-08-26 09:48:59

Fiza Halim Temui Cinta Baru, Raikan Hari Jadi Bersama Kekasih Di Hotel Mewah - "Semoga Kali Ini Bahagia Ke Jannah"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...