Penyanyi dan pelakon terkenal, Elizabeth Tan sekali lagi mencuri perhatian apabila namanya menjadi perbualan hangat di platform media sosial Threads baru-baru ini.
Semuanya gara-gara satu komen pedas yang ditinggalkan oleh seorang pengguna yang menulis, “Boleh tak suruh Elizabeth Tan ni stop nyanyi? Sakit telinga aku.”
Tidak melatah atau membalas dengan kemarahan, Elizabeth Tan sekadar menjawab ringkas, “Sorry,” membuatkan ramai peminat tersentuh dengan sikap tenang dan profesionalnya.
Respons tersebut menerima reaksi pelbagai daripada pengguna lain yang rata-ratanya tampil mempertahankan Elizabeth. Ramai memuji suara dan bakat nyanyiannya serta menyatakan mereka menggemari persembahannya.
Bertabah Lizzy!