Pelakon dan pensohor media sosial, Norreen Iman baru-baru ini memaklumkan bahawa dia telah mengalami ‘slip disc’ pada bahagian tulang belakangnya.
Maklum Norreen, dia kini sedang berehat di rumah dan menjalani rawatan fisioterapi bagi tujuan pemulihan.
Dia juga memaklumkan hanya bekerja dari rumah dan berhasrat untuk pulih dari kesakitan dengan cepat meskipun ia akan mengambil masa yang lama.
Netizen juga dilihat tertumpu pada satu video yang memaparkan dia melakukan senaman di atas katil bersama suami tersayang.
Dalam video itu, suami Norreen dilihat membantu pelakon drama Ash & Aish itu melakukan senaman ringan meskipun dia seperti dalam kesakitan yang amat sangat.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan cadangan rawatan alternatif bagi mempercepatkan pemulihan kesakitan yang dialami Norreen.
Dalam pada itu, ada juga yang menasihatkan agar Norreen untuk kembali kepada Allah dan menganggap ujian kesakitan itu sebagai ‘peringatan’ daripada tuhan.