Sakit Misteri Bukan Palsu Atau Gimik – Fendy Bakry

Hiburan

Sakit Misteri Bukan Palsu Atau Gimik – Fendy Bakry

Sakit misteri memang sering menyerang selebriti-selebriti tanah air, terutamanya kaum Hawa. Teringat satu ketika dahulu selakon pelakon wanita pernah sakit misteri selama setahun, tup-tup rupanya balik ke kampung sebab termengandung. Memang misteri sakit itu kan? Namun sakit misteri yang dialami oleh Fendy Bakri ini memang benar-benar misteri, bukanlah satu kepalsuan atau gimik semata-mata.
fendy bakryHero drama Mr. Grey ini telah pun pergi mendapatkan rawatan di hospital namun pihak doktor gagal mengesan penyakit yang dialaminya. Selama 3 bulan Fendy terlantar di atas katil hospital, kini sakitnya semakin beransur pulih. Melihat raut wajah Fendy, memang jelas nampak keperitan dan kesakitan yang ditempuhinya.
fendy bakry
Kata Fendy Bakry:-

Saya kecewa dan terkilan kerana ada pihak mendakwa penyakit misteri dihidapi adalah gimik untuk menaikkan nama dalam industri seni. Terus terang, saya memang terlantar sakit selama tiga bulan kerana menderita penyakit misteri baru-baru ini.

Sepanjang pengetahuan, saya tidak ada musuh dan percaya sakit misteri itu ujian paling berat dari Allah SWT sepanjang berkecimpung dalam bidang seni. Saya bukan bodoh untuk buat gimik atau publisiti murahan dengan cerita pura-pura jatuh sakit untuk menaikkan nama. Sebagai artis baru, saya lebih selesa dikenali peminat kerana bakat yang dipertaruhkan

Advertisement

fendy bakry

Kebiasannya kalau sakit-sakit yang tidak diketahui puncanya, tak lain tak bukan adalah buatan orang. Tak sangka di zaman serba moden ini masih ada yang dengki kepada kejayaan orang lain sehingga sanggup menggunakan sihir untuk memusnahkan hidup orang lain. Di dunia anda mungkin terlepas, namun ingatlah di akhirat kelak balasannya amat pedih. Semoga sakit misteri Fendy Bakry akan benar-benar pulih dengan segera. Sama-sama kita doakan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...