Baru-baru ini, seorang individu di platform Threads meluahkan rasa kecewa selepas melihat hiasan raya di MRT Ampang Park dan meminta pihak MRT mengalihkannya kerana memburukkan pemandangan stesen terbabit.
Hiasan raya MRT Ampang Park teruk dikecam
Individu tersebut menegur jika benar-benar mahu meletak hiasan raya, biarlah dihias dengan penuh meriah.
Hantaran yang dimuat naik itu telah meraih perhatian, di mana rata-ratanya bersetuju dengan pendapat lelaki terbabit dan merasakan pihak MRT tiada usaha untuk menghias dekorasi raya Aidilfitri di stesen berkenaan.
Hiasan raya sudah dialih..
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, lelaki berkenaan memaklumkan pihak MRT sudah pun mengalihkan hiasan raya di MRT Ampang Park.
Pihak MRT sedar mengenai keluhan-keluhan pengguna mengenai hiasan raya tersebut yang dianggap oleh mereka kurang menarik.