Marissa Dania Hakim, anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, berkongsi menu masakan tradisional kepada para pengikutnya di TikTok.
Dalam video tersebut, Marissa dilihat sedang menyediakan pencuci mulut klasik iaitu pengat durian. Namun, satu elemen kecil dalam masakannya telah menarik perhatian ramai.
Menurut Marissa, dia telah mengeluarkan kembali gula melaka yang digunakan dalam masakan kerana rasa manisan itu sudah mencukupi.
Gula dikeluarkan sebab manisnya sudah cukup. Awak semua panggil serawa atau pengat durian?
Bagaimanapun, tidak semua warganet bersetuju dengan cara masakannya. Seorang pengguna meninggalkan komen sinis terhadap cara Marissa menyediakan pengat tersebut.
Marissa yang tidak berdiam diri kemudian memberi jawapan balas yang tajam terhadap komen tersebut.
Sebab tu dalam video kena tunjuk, dekat kapsyen kena tulis gula dikeluarkan balik, sebab orang-orang macam mak cik inilah.
Tindakan Marissa membalas komen tersebut turut mendapat sokongan ramai yang menasihatinya supaya tidak terlalu mengambil hati terhadap kritikan tidak berasas.
“Buat tak tahu sahaja, tak perlu ‘koyak’ layan komen macam itu. Mungkin dia ingat dia sempurna sangat.”
“Kalau dah tak suka, apa kita buat semua tak kena. Ikut dialah nak letak apa pun. Dia tau la nak jaga kesihatan suami dan keluarga dia. ‘Bitter’ sungguh netizen.”
“Lain orang lain cara masak, kenapa nak ikut cara masak orang. Dapur lain-lain bukan? Semua benda tak kena, hairan betul. Rajin-rajin baca dan tengok betul-betul baru nak kecam.” komen netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.