Sakit Kepala Sampai Berdenyut? Ini Penjelasan Doktor Tentang ‘Migraine’

Kehidupan

Sakit Kepala Sampai Berdenyut? Ini Penjelasan Doktor Tentang ‘Migraine’

Seorang doktor dikenali sebagai Dr Samhan berkongsi ciapan mengenai penyakit ‘Migraine’ menerusi bebenang di laman Twitter.

Menerusi ciapan tersebut, Dr Samhan menjelaskan Migraine adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang dan biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja.

Advertisement

Malah, masalah ini lebih kerap berlaku kepada golongan wanita berbanding lelaki serta mempunyai hubung kait yang kuat dengan genetik.

Gambar Hiasan

Bagaimana Migraine Boleh Terjadi?

Migraine berlaku apabila saraf otak menghasilkan cetusan maklumat yang tidak terkawal sehingga ia menggangu pembesaran dan pengecutan saluran darah.

Ia bermula dengan salur darah otak yang mengecil menyebabkan kawasan tersebut kekurangan oksigen dan kemudian menyebabkan saluran darah tersebut mengembang semula dengan lebih besar.

Perkara ini akan mengaktifkan reseptor sakit di bahagian tersebut kerana kurangnya darah yang mengalir ke bahagian tersebut dan menyebabkan sakit kepala.

Simptom Penyakit Migraine?

Menurut International Headache Society, pesakit Migraine boleh mengalami 5 kali serangan sakit kepala dan ianya bertahan selama 4 hingga 72 jam.

1. Sakit kepala pada bahagian sebelah kepala sahaja.

2. Kepala rasa berdenyut.

3. Sakit kepala sederhana sehingga teruk.

5. Menganggu pesakit dari membuat aktiviti harian.

Faktor Penyebab Migraine?

1. Persekitaran seperti bunyi bising dan cahaya terang.

2.  Tabiat merokok

3. Sesetengah jenis makanan seperti coklat, keju, kopi, teh dan alkohol.

4. Pengambilan ubatan seperti pil perancang kehamilan, ubat tidur dan pil hormon.

5. Tidak cukup tidur.

6. Perubahan hormon ketika haid.

7. Faktor psikologi seperti tekanan, kemurungan, cemas dan marah.

Apa Rawatan Migraine?

1. Ubat tahan sakit seperti nSAIDS (sebagai contoh mefenemic acid, diclofenac dan naproxen).

2. Ubat untuk migrain : Triptans dan ergot alkaloids (sebagai contoh Caffox, Sumatriptan, Rizatriptan).

3. Ubat Tahan muntah: Maxolon, Chlorperazine dan promethazine.

Selain itu, ini 3 jenis ubat untuk mengurangkan serangan Migrain:

4. Anti-epileptics iaitu ubat yang selalunya digunakan untuk merawat orang yang sawan.

5. Anti-depressan iaitu ubat yang selalunya digunakan untuk merawat orang yang mempunyai tekanan perasaan.

6. Anti-hypertensive iaitu ubat yang selalu digunakan untuk merawat orang yang mempunyai tekanan darah tinggi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Adakah Gaji RM1.5k Masih Relevan? Individu Luah Rasa Tanggung Enam Anak Dan Isteri Tidak Bekerja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...