Sakit Jantung, Penyakit Paru-Paru Dan Hati Kronik Antara Syarat Terbatal Kelayakan Haji 2026Bagi Warga Emas

Berita

Sakit Jantung, Penyakit Paru-Paru Dan Hati Kronik Antara Syarat Terbatal Kelayakan Haji 2026Bagi Warga Emas

Kerajaan Arab Saudi mengumumkan syarat kesihatan baharu bagi musim haji 1447H/2026M, menandakan perubahan besar dalam pengurusan kesihatan jemaah haji di peringkat global.

Menurut Lembaga Tabung Haji (TH), hanya individu bebas penyakit berjangkit atau penyakit kronik tidak terkawal, serta mampu melaksanakan ibadah haji secara kendiri, akan layak memohon visa haji, memetik Sinar Harian.

Advertisement

jemaah haji

Antara perubahan utama yang diumumkan ialah tiada lagi pusat rawatan akan dibuka di Tanah Suci, sebaliknya jemaah yang jatuh sakit akan dirujuk ke hospital tempatan di Arab Saudi. Selain itu, bilangan petugas kesihatan akan dikurangkan dan tiada lagi Safari Wukuf — yang sebelum ini membolehkan pesakit uzur melaksanakan wukuf dari hospital.

Ini bermakna, pesakit yang dimasukkan ke wad tidak lagi berpeluang melaksanakan wukuf, sekali gus menjejaskan salah satu rukun utama haji.

Antara penyakit yang secara automatik tidak layak menunaikan haji ialah:

Kegagalan buah pinggang kronik, penyakit jantung serius, penyakit paru-paru dan hati kronik, masalah neurologi atau mental yang menjejaskan fungsi kognitif, warga emas yang menghidap demensia atau lemah fizikal.

Kuota jemaah Malaysia bagi musim haji 2026 dijangka kekal sebanyak 31,600 orang, namun proses saringan kesihatan dijangka lebih ketat berbanding tahun sebelumnya.

Justeru, TH menasihatkan bakal jemaah untuk membuat persiapan kesihatan rapi lebih awal, termasuk pemeriksaan perubatan berkala dan latihan fizikal sebelum berangkat.

Langkah baharu ini dijangka menjadi cabaran besar buat warga emas, namun ia dilihat penting bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua jemaah sepanjang pelaksanaan ibadah haji di Tanah Suci.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

suami
2025-10-19 13:44:30

Suami Direman 7 Hari Bantu Siasatan Kes Ibu dan Anak Ditemui Maut di Kampung Sekolah Juru

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...