Sebuah konsert gig ‘Rock The World 20th Anniversary’ telah diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang menampilkan 30 artis dan band terkenal seperti Monoloque, Gerhana Skacinta, Pop Shuvit dan ramai lagi.
Selepas hampir 2 tahun tidak diadakan, rata-rata pengunjung yang menghadiri konsert tersebut dilihat begitu teruja sehingga melakukan aksi tarian ekstrem atau ‘mosh’ ketika menonton persembahan berlangsung.
Namun, apa yang mencuri perhatian orang ramai ialan aksi seorang lelaki menaiki wheelchair atau kerusi roda yang turut tidak melepaskan peluang menyertai ‘mosh’ sambil ditolak oleh rakannya.
Menerusi video di laman TikTok, lelaki berkerusi roda itu turut diangkat oleh beberapa penonton di tengah konsert.
Susulan itu, perkongsian video berkenaan telah tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji semangat setiakawan rakan-rakan lelaki berkerusi roda itu yang membantunya untuk turut merasakan keseronokan konsert tersebut.
Namun, ada segelintir pihak yang meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan lelaki berkenaan yang mungkin masih dalam tempoh pemulihan.
Dalam pada itu, pengguna media sosial turut menasihati agar lelaki berkenaan untuk berpada-pada dalam berhibur memandangkan dia sedang diuji dengan sakit.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.