“Sakit Hati Tengok Kami Tak Jadi Cerai? Sila Unfollow” – Fara Salleh

Hiburan

“Sakit Hati Tengok Kami Tak Jadi Cerai? Sila Unfollow” – Fara Salleh

Selepas memilih untuk berbaik dengan suaminya, Fara Salleh menerima pelbagai respon daripada warganet kerana sebelum ini dia menyebarkan ‘cerita dalam kain’ rumah tangganya di media sosial.

Malah ada yang mengkritiknya seperti sudah ludah, dijilat semula namun menerusi Instagram, isteri kepada pelawak Shuk Sahar itu tampil menempelak segelintir netizen.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fara Salleh (@f.zzatys)

Fara berkata setiap individu mempunyai pilihan untuk tidak mengikuti sesiapa di media sosial begitu juga netizen yang boleh ‘unfollow’ dirinya hanya kerana tidak gembira dia berdamai dengan suami.

Ada butang unfollow dan block di Instagram. Buat mereka yang tak suka saya atau tak suka saya kembali kepada suami dan betulkan perhubungan kami, tolong jauhkan diri dari Instagram saya. Jangan komen mengarut di sini.

shuk dan fara salleh umrah

Fara turut membidas komen daripada seorang netizen yang menyindirnya sudah berbaik dengan Shuk, di hantaran Instagram.

Sakit hati ya tengok kami tak jadi cerai. Sakit hati tengok kami bahagia, eh? Alhamdulillah Allah Baik.

komen netizen di IG Fara Salleh

Terdahulu, kisah rumah tangga mereka mula menjadi bualan hangat selepas Fara memuat naik hantaran mengakui menyesal berkahwin malah ia mendapat perhatian rakan Shuk termasuklah pelakon, Iqram Dinzly.

Bagaimanapun, beberapa hari lepas pasangan itu dilihat bersama-sama menunaikan umrah dan dipuji berusaha untuk memperbaiki serta menyelamatkan rumah tangga yang dibina.

4 months ago

Iqram Dinzly Balas Pada Fara Salleh, Geram Kerana Burukkan Nama Shuk Sahar - “Seolah-Olah Play Victim Macam Awak Angel”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...