“Sakit Hati Pada Rezeki Orang Kaya, Manusia Guna Istilah Istidraj Kukuhkan Pendapat Cetek Mereka” – Rizalman

Hiburan

“Sakit Hati Pada Rezeki Orang Kaya, Manusia Guna Istilah Istidraj Kukuhkan Pendapat Cetek Mereka” – Rizalman

Ingat tak baru-baru ini kecoh apabila kebanyakan netizen menyelar tindakan pereka fesyen Datuk Rizalman yang dilihat memberikan ikan salmon yang berupa hadiah peminat kepada kucingnya?

Rizalman Ibrahim
3 years ago

Didakwa Tak Hargai Pemberian Peminat, Datuk Rizalman Dikecam Beri Ikan Salmon Import Pada Kucing

Advertisement

Nampaknya, selebriti itu muncul dengan kenyataan baru yang meluahkan perasaan kecewanya atas tuduhan ramai menerusi entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Katanya, mungkin disebabkan rasa dengki dengan rezeki golongan kaya, ada manusia atau individu yang menggunakan istilah istidraj sebagai senjata kata-kata mereka.

“Nilailah sesuatu situasi pada pandangan positif kerana ia selalu dihijabkan oleh iblis, hadamkan.”

rizalman

Bukan itu sahaja, Rizalman turut menepis kritikan yang mengatakan bahawa dia tidak layak dipanggil sebagai pendakwah memandangkan pilihan katanya yang kasar ketika menyampaikannya.

Jelasnya, pendekatan itulah yang menyebabkan ramai yang mengikutinya bagi mendapatkan ilmu. Pun begitu, masih ada segelintir pengikut yang sepertinya tidak faham dengan sindiran ilmu daripadanya.

“Pilu melihat IG beberapa saluran dakwah lain tiada sambutan kerana medium mereka berasaskan ‘walk the talk’. Sekiranya cara itu yang diingini, mengapa kurang diberi sambutan? Alhamdulillah, ‘perangkapku’ mengena.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by rizalman71 (@rizalman71)

Rizalman juga memberikan bayangan yang dia hanya akan aktif di akaun peribadi sahaja selepas ini dan bakal meninggalkan akaun tersebut kosong sahaja.

“Para Nabi dan Rasul, Allah SWT utuskan sebagai pembawa berita gembira dan peringatan. Carilah maklumat tersebut dengan cara yang beria-ia, sebagaimana anda kena cari akaun IG peribadi saya yang lagi satu selepas ini untuk mendapat ilmu.”

rizalman

Mungkin Rizalman membawa diri seketika untuk menenangkan hatinya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...