Influencer serta usahawan yang dikenali ramai, Siti Jamumall memberitahu dirinya nekad bercerai dengan suami pada tahun lalu kerana tidak tahan hidup bersama lelaki tak bertanggungjawab.
Dedah Siti atau nama sebenar, Siti Suriani Wahiddin, bekas suami hanya memberi nafkah sebanyak RM50 setahun dan paling banyak diberi adalah RM200.
Pernah hari di mana sebelum bersalin anak kedua saya masih sempat selesaikan semua pesanan orang untuk dihantar. Sampai tahap macam tu saya kena cari duit sendiri.
@sitijamumallBerdiam Selama ini. Menahan Sakit sendiri. Doakan sye terus kuat
Katanya lagi, perceraian ini merupakan jalan yang terbaik buat dirinya kerana sudah ‘penat’ menanggung lelaki tidak bertanggungjawab dan ‘biawak hidup’.
Sekadar info, Siti Jamumall dan suami berpisah pada Disember lalu selepas empat tahun bersama. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Adam Rizki dan Putra Aiman Zafran.