“Sakit Dada, Mungkin Nak Mati…” – Ibu Tak Sangka Gurauan Anak Jadi Nyata, Maut Ketika Tolong Kakak Terkena Renjatan Elektrik

Trending

“Sakit Dada, Mungkin Nak Mati…” – Ibu Tak Sangka Gurauan Anak Jadi Nyata, Maut Ketika Tolong Kakak Terkena Renjatan Elektrik

Berita tentang tiga beradik yang maut akibat terkena renjatan elektrik di depan rumah mereka di Kampung Bendang Surau, Morak, Tumpat menyayat hati ramai orang.

Difahamkan ketika kejadian jam 11.45 pagi itu, mangsa, Nor Syazwani Mohd Nazir, 33, Sakinah, 29, dan Nurul Fatiah, 27, keluar di sekitar rumah untuk melihat keadaan banjir.

Advertisement

 

Sempat bercakap dengan jiran

Che Zahiyah Che Yaakob, 53, jiran mereka berkata dia ternampak tiga beradik itu melintasi rumahnya dan sempat bertanya ke mana mereka mahu pergi.

Nor Syazwani kemudian menjawab mereka bertiga mahu melihat tali air di hadapan rumah sebelum dia pegang tiang rumah Zahiyah dan tiba-tiba terus terjatuh.

Badannya menjadi kejang dan tersentak sebelum Fatiah yang berada di belakang cuba membantu namun turut mengalami keadaan yang sama.”

Sakinah pula yang berada di hadapan mereka kemudian berpatah balik untuk membantu namun turut terjatuh dan kejang seperti mereka.

 

Gurauan menjadi nyata

Ibu mangsa, Zainun Sulaiman berkata ketiga-tiga anak perempuannya itu mempunyai hubungan yang sangat rapat memandangkan masing-masing belum berumah tangga.

Lebih memilukan hati Zainun, Sakinah sempat bergurau pada pagi hari kejadian ketika mereka menikmati sarapan. Nor Syazwani dan Nurul Fatiah turut sempat memasak nasi goreng nak membuat cucur untuk keluarga.

Sakinah pula kurang sihat serta berasa sakit dada dan dia ada berkata mungkin dia nak mati disebabkan sakit itu namun saya memarahinya sambil memberitahu ia sakit biasa saja.”

Jelas wanita berusia 62 tahun itu, ketika kejadian dia sedang berehat di ruang tamu sebelum terdengar bunyi bising seperti orang menjerit di rumah jiran dan terus keluar untuk melihat apa yang berlaku.

Ketika itulah dia ternampak tiga anak perempuannya terbaring di dalam air dan diberitahu bahawa mereka sudah meninggal dunia kerana renjatan elektrik.

Ketiga-tiga mangsa dilaporkan telah dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Morak pada jam 11.45 malam tadi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Sedihnya, Macam Mana Nak Lalui Hari Hari Esok" - Tragedi Tanah Runtuh, Warga Emas Hilang 4 Ahli Keluarga Sekelip Mata

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...