“Sakinah Tunang Gaya Barat, Tengah Urus Hal Michael Peluk Islam,” – Sharifah Shahirah

Hiburan

“Sakinah Tunang Gaya Barat, Tengah Urus Hal Michael Peluk Islam,” – Sharifah Shahirah

Kakak kepada Sharifah Sakinah, Sharifah Shahirah telah mengesahkan berita mengenai adiknya yang telah pun bertunang dengan kekasih hati, Michael Hansen yang berasal daripada Sweden.

Sharifah Sakinah Sumber : Instagram Sharifah Sakinah  

Menurut Sharifah Shahirah atau lebih mesra dikenali sebagai Shiera, adiknya itu menjalankan majlis pertunangan gaya barat.

Advertisement

“Sakinah dah bertunang dan dia bertunang ikut gaya orang putih. Ikut cara lamaran orang putih, bagi cincin dan tanya ‘will you marry me?. Orang putih apabila dah melamar tu kira dah bertunang, jadi kami sekeluarga pun bersetuju (mereka bertunang). Tiada majlis-majlis tunang, tak ada pantun semua itu.”

Dalam pada itu, Shiera turut memberitahu bahawa mereka berdua sedang merancang majlis perkahwinan selain menguruskan urusan Michael untuk memeluk agama Islam.

Shiera Sumber : Google  

Penyampai radio Suria FM ini turut mengatakan bahawa dia hanya akan mengikut sahaja perancangan yang diuruskan sendiri oleh Sakinah dan Michael.

Terdahulu, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired,32, mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 28 Mei ini bersempena ulang tahun kelahirannya dan Michael, 42.

“Kami pilih tarikh itu kerana ia merupakan tarikh lahir saya dan Michael, kami berkongsi tarikh lahir yang sama.” ujar Sakinah ketika ditemui media.

Sekadar info, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga bersama dengan seorang juruterbang bernama Aliff Adha pada tahun 2015 yang lalu sebelum bercerai pada Mei tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Anais Adha yang kini berusia 4 tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...