Sebut saja nama personaliti media sosial, Leona pasti ramai yang mengetahui tentang dirinya yang sering mencetuskan kontroversi susulan pemakaian yang seksi serta konten-konten kelakar di platform media sosial.
Leona sakan menyandar dekat lelaki ‘mat saleh’
Terbaru, Leona atau nama sebenarnya, Kasih Iris Leona ada memuat naik satu video di platform TikTok yang mengundang pelbagai reaksi warganet.
Dalam video yang dimuat naik, kelihatan gadis tersebut kelihatan bahagia membuat video TikTok sambil menyandar di badan seorang lelaki ‘mat saleh’ yang dipercayai kenalannya.
Netizen ‘sakit mata’
Tindakan terlalu mesra yang dilakukan oleh Leona mendatangkan rasa kurang senang dikalangan netizen, di mana rata-rata merasakan dia tidak perlu berkongsikan video seperti itu di media sosial.
Dalam pada masa yang sama, ada juga yang berseloroh mengatakan Leona seperti mahu mengikuti jejak langkah personaliti media sosial, Ameera Khan yang sering memuat naik foto atau video ‘mesra’ yang berlebihan bersama teman lelakinya, Jefri Nichol yang mengundang kecaman.