‘Sakan’ Pergi Minum Tinggalkan Ibu Bersalin Alami Pendarahan Hingga Meninggal, 2 Doktor Pakar Diarah Bayar RM6 Juta

Kehidupan

‘Sakan’ Pergi Minum Tinggalkan Ibu Bersalin Alami Pendarahan Hingga Meninggal, 2 Doktor Pakar Diarah Bayar RM6 Juta

Baru-baru ini melalui laporan Berita Harian, dua orang doktor pakar yang mempunyai kepakaran selama 60 tahun dalam bidang perbidanan termasuk kendali lebih 8000 kes bersalin telah diarahkan untuk membayar sebanyak RM6 juta kerana meninggalkan pesakit kritikal, semata mahu keluar minum.

Doktor ‘syok’ pergi minum tinggalkan pesakit kritikal

Dua doktor pakar yang bernama Dr M Shanmugam dan Dr A Ravi bersama tiga orang lagi jururawat diarah untuk membayar ganti rugi sebanyak RM6 juta kerana menjadi punca pesakit, M Punita meninggal dunia ketika sedang menjalani rawatan.

Advertisement

ibu bersalin meninggal dunia

Difahamkan, Punita meninggal dunia selepas bersalin di Pusat Materniti dan Bersalin Shah milik Dr Shanmugam akibat pendarahan teruk pada tahun 2019.

Punita alami pendarahan teruk selepas placentanya di keluarkan secara manual tetapi Dr Ravi memberi jaminan bahawa wanita itu akan stabil, lalu meletak tiga orang jururawat tidak berdaftar untuk memantau keadaan pesakit, sebelum dirinya meninggalkan tempat itu untuk keluar minum, bersama-sama Dr Shanmugam.

Jururawat tidak berdaftar cuba hentikan pendarahan guna kapas

Bagaimanapun, sewaktu ibu Punita memasuki bilik anaknya, dia melihat Punita alami pendarahan yang banyak, manakala jururawat tidak berdaftar itu cuba menghentikan darah menggunakan kapas tetapi kedua-dua doktor pakar tersebut tidak hadir sewaktu pesakitnya sedang kritikal.

ibu bersalin meninggal dunia

Biarpun cuba berusaha menyelamatkan nyawa wanita itu dengan membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang, tetapi akibat pendarahan terlalu teruk, Punita hilang darah yang banyak serta alami pembekuan intravaskular (DIVC) hingga mengakibatkan dia meninggal.

Doktor cuai, boleh pindahkan pesakit lebih cepat

Hakim Mahkamah Tinggi Klang iaitu Norliza Othman menganggap kedua-dua doktor itu gagal bertindak dengan cepat dan menangguhkan pemindahan pesakit ke hospital, di mana ia lebih banyak peralatan untuk mengendali situasi kecemasan.

Kedua-dua mereka keluar dari bilik bersalin tanpa memastikan mendiang bebas daripada komplikasi. Kecuaian kolektif defendan secara langsung menyumbang kepada kecederaan parah terhadap mangsa, yang membawa kepada kematiannya.

doktor disaman
23 hours ago

Pekerja Bank Alami Kecacatan Kekal, Dua Doktor Didakwa Cuai Diarah Bayar Ganti Rugi RM850K - "Pakar Tunda Pembedahan.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...