“Saje Nak Terlepas Dari Hukuman” – Perlu Jalani Rawatan Psikiatri, Netizen Dakwa Hafidz Roshdi Hanya ‘Berlakon’

Hiburan

“Saje Nak Terlepas Dari Hukuman” – Perlu Jalani Rawatan Psikiatri, Netizen Dakwa Hafidz Roshdi Hanya ‘Berlakon’

Terdaulu, pelakon Hafidz Roshdi didakwa dengan pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Difahamkan, pelakon berusia 29 tahun itu telah menumbuk wajah isteri dengan menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.

Advertisement

Menurut laporan Harian Metro, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

hafidz

Bagaimanapun, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Susulan itu, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu telah memerintahkan bapa kepada seorang anak itu untuk dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.

hafidz

Namun, berita mengenai pelakon Mr. Donat Karamel itu seolah-olah tidak diterima baik oleh pengguna media sosial.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan kesihatan mental Hafidz dan mendakwa dia sebenarnya tidak mempunyai masalah mental.

Sebaliknya, ramai yang mendakwa dia hanya mencari alasan untuk terlepas dari hukuman yang bakal dikenakan.

Malah, apa yang lebih meyakinkan orang ramai ialah apabila Hafidz merupakan seorang pelakon dan pandai membawa watak pesakit mental.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Hafidz Roshdi hospital bahagia
2 years ago

Mahkamah Perintah Hafidz Roshdi Dihantar Ke Hospital Bahagia Untuk Jalani Rawatan Psikiatri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...