Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila usahawan kontroversi Nur Sajat berketerampilan lengkap seperti wanita, memakai telekung dan purdah ketika menunaikan umrah.
Kalau anda pernah menonton sebuah video sebelum ini, Sajat pernah mengaku bahawa dirinya seorang lelaki tetapi apabila namanya mula meningkat naik, dia menafikannya dan gigih untuk cuba membuktikan dirinya seorang wanita.
Sekiranya benar dia seorang lelaki, maka kenalah tampil sebagai fitrahnya apatah lagi ketika beribadah di Makkah dan Madinah, iaitu dua tempat paling suci bagi umat Islam.
Bukan Sajat sahaja yang dikecam tetapi rata-rata netizen turut meninggalkan komen kurang senang terhadap agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan umrah Sajat.
Isu ini harus dipandang serius kerana jika benar dia seorang lelaki, ia adalah satu penghinaan besar pada agama Islam apabila seseorang lelaki itu dengan sengaja menyerupai wanita dan memasuki ruang peribadi serta tempat solat hanya untuk wanita sahaja.
Agensi umrah tampil beri penjelasan
Selepas teruk dikecam, agensi yang membawa Sajat dan keluarganya menunaikan umrah memberitahu usahawan itu mengikut garis panduan pemakaian yang ditetapkan semasa proses perlepasan di lapangan terbang.
Bagaimanapun, sebaik tiba di Tanah Suci Sajat “menukar identiti” menjadi “wanita” semula.
Terdahulu, viral foto Sajat ‘kantoi’ berpakaian seperti lelaki lengkap dengan jubah putih ketika di lapangan terbang sebelum berangkat menunaikan umrah. Sehingga kini, status jantina Sajat masih lagi menjadi tanda tanya meskipun pihak JAKIM sudah pun menjalankan siasatan pada tahun 2018.