Isu tentang status jantina usahawan yang dikenali sebagai Nur Sajat sudah lama menjadi tanda-tanya.
Namun, segalanya sudah terbongkar saat Sajat didakwa di mahkamah atas kesalahan gagal membayar cukai GST. Nama lelakinya iaitu Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman jelas terpapar di senarai kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam. Sejak daripada pendedahan itu, setiap laporan akhbar dan berita di kaca tv akan menyebut nama sebenarnya ketika menyampaikan berita serta informasi berkaitan kes beliau di mahkamah semalam.
Menerusi akaun Instagramnya, Sajat meluahkan rasa tidak puas hati mengapa nama lelakinya itu harus disebut-sebut. Kata Sajat, itu semua hanya fitnah dan wartawan sengaja memutarbelitkan isu.
Agak bengang dengan kenyataan Sajat yang menghina profesion kewartawanan, seorang wartawan yang bertugas membuat liputan kes Sajat tampil mendedahkan situasi sebenar.
Menurutnya, sudah menjadi tugas utama wartawan untuk melaporkan kebenaran meskipun pembantu peribadi Sajat menelefon dan merayu-rayu supaya tidak menggunakan nama Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dalam mana-mana berita.
Rata-rata netizen juga sudah mula “naik menyampah” dengan Sajat yang masih menafikan status jantinanya itu.
Sudah terang lagi bersuluh, takkan pula pihak mahkamah ingin menipu? Harapnya satu hari nanti Sajat akan berubah.