Sajat Telah Dibawa Keluar Dari Makkah

Hiburan

Sajat Telah Dibawa Keluar Dari Makkah

Tindakan Nur Sajat yang dilihat seakan sengaja mencemarkan Tanah Suci dengan berpakaian seperti seorang wanita tulen menimbulkan kemarahan ramai. Apa yang dilakukannya itu memberi imej buruk bukan sahaja kepada agama Islam tetapi negara Malaysia.

Advertisement

Susulan kontroversi itu, agensi yang membawa Sajat mengerjakan umrah iaitu Albayt Travel (M) Sdn Bhd mengesahkan bahawa usahawan kosmetik itu sudah dibawa keluar dari Tanah Suci Makkah.

Tidak dinafikan pihak agensi menghadapi kesukaran dan mendakwa Sajat serta ibu bapanya enggan memberikan kerjasama dan sukar diajak berbincang.

Kami sudah meminta mutawwif membawa keluar rombongan Nur Sajat seramai 10 orang (termasuk mutawwif) keluar dari Makkah. Mereka dibawa untuk sesi lawatan di sekitar Madinah.

Setakat ini, sukar untuk mendapat kerjasama Nur Sajat, sebaliknya perbincangan lebih banyak menerusi pembantu peribadinya.

Menurut agensi itu lagi, pihaknya turut meminta Sajat membuat permohonan maaf secara terbuka khususnya kepada umat Islam di tanah air kerana telah menimbulkan kekecohan apabila lengkap berpakaian seperti wanita, bertelekung ketika menunaikan ibadah umrah.

sajat keluar mekah

Jurucakap Albayt Travel turut memaklumkan, dakwaan kononnya Nur Sajat ditangkap polis Arab Saudi belum disahkan kedutaan di sana.

Difahamkan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu jantina Sajat.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...