February 2nd, 2020

Kecoh diperkatakan mengenai usahawan kosmetik Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang telah pergi mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga dan rakan-rakan.

Rata-rata netizen mempersoalkan penampilan Sajat semasa menunaikan umrah iaitu sebagai seorang wanita lengkap dengan telekung dan bukannya dalam ihram.

Ramai juga yang keliru dan tertanya-tanya bagaimana Sajat dan boleh lepas masuk ke Tanah Suci sebagai perempuan sedangkan di dalam kad pengenalan, jelas nama dan jantinanya seorang lelaki.

Sajat pakai jubah lelaki

Namun, segala persoalan terjawab apabila seorang pengguna Twitter mengongsikan foto Sajat sebelum berangkat ke Tanah Suci Makkah. Dia tampil lengkap mengenakan jubah lelaki semasa di KLIA. Mungkin selepas tiba di Makkah, dia berubah gaya dan menukar pakaian untuk tampil sebagai wanita pula.

Mengejutkan juga pendedahan ini, agak hebat juga “wayang” Sajat dan rakan-rakannya. Mungkin sudah tiba masanya untuk pihak berwajib sekali lagi menyiasat identiti sebenar Sajat. Harus diketahui umum agar tidak lagi mencetuskan kekeliruan dan fitnah.

sajat umrah

Terdahulu, Sajat menerusi akaun Instagramnya seolah-olah cuba mendedahkan identiti sebenarnya biar pun tidak dijelaskan secara terperinci tetapi dia mengakui dirinya antara wanita bertuah. Jiwanya adalah seorang wanita.

Sumber Berita : Twitter Akhi Fairuz Al-Jengkawi & Shaiful Rizaidie


9 responses to “Sajat Pakai Baju Lelaki Sebelum Tunai Umrah, Tukar Pakaian Perempuan Ketika Di Tanah Suci?”

  1. Tulip says:

    Nabi mohd saw halau bapok solat d tempat wanita…

  2. Anonymous says:

    “99% of all problems can be solved by money”

    Dia duit ada, apa ada hal. Cuba kalau pondan2 jalanan buat mcm ni.. memang tak lepas laa sampai ke Mekah. hehehehe

  3. Penang says:

    Ok.dia dah berniat..maka dia dlm ihram..then dia pakai pakaian berjahit..then semua ibadat dia dah salah kan..sedangkan dia masih dkm niat ihram…tak terlepas/ jatuh lg ihram dia kan…so dia blk mlysia dgn masih ihram x jatuh x byr dam ( denda) so bila blk mlysia hatta potong kuku pun dah haram..so how? Adakah dia sentiasa dlm dosa sehingga ke akhir hayat?fikir2 kan..please guys…umrah bukan melancong ke us or uk

  4. Anonymous says:

    Family dan rekan rekan die pon sama, tak tego ke si saat ni, sekali semua ikut tervalid, buat penat penghabis duet ke mekkah ibadah satupun tak diterima

Loading...