Kecoh diperkatakan mengenai usahawan kosmetik Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang telah pergi mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga dan rakan-rakan.
Rata-rata netizen mempersoalkan penampilan Sajat semasa menunaikan umrah iaitu sebagai seorang wanita lengkap dengan telekung dan bukannya dalam ihram.
Ramai juga yang keliru dan tertanya-tanya bagaimana Sajat dan boleh lepas masuk ke Tanah Suci sebagai perempuan sedangkan di dalam kad pengenalan, jelas nama dan jantinanya seorang lelaki.
Ic lelaki, passport lelaki. Jadi, visa yg pun mestilah lelaki juga kan.
Boleh jadi pergi pakai jubah lelaki, sarung kepala dgn serban mcm arab hingga lepas imigresen di sana.
Sampai tanah haram tukar pakai telekung. Then tangkap gambar, up di insta.
Itu pendapat sayalah.
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) February 2, 2020
Bila nampak sahaja org share pasal beliau, saya terus rujuk PA Datuk Mufti Wilayah. Katanya, mutawwif yang bakal bawa beliau ada call minta pendapat.
Di pihak mufti jelas, boleh ibadah, dengan syarat berpakaian lelaki dan ibadat cara lelaki.
Tup tup dia post gambar bertelukung.
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) February 2, 2020
Betul tu, di KLIA pakai jubah lelaki pic.twitter.com/IoArM3bwwG
— Shaiful Rizaidie (@EpolDee) February 2, 2020
Mengejutkan juga pendedahan ini, agak hebat juga “wayang” Sajat dan rakan-rakannya. Mungkin sudah tiba masanya untuk pihak berwajib sekali lagi menyiasat identiti sebenar Sajat. Harus diketahui umum agar tidak lagi mencetuskan kekeliruan dan fitnah.
Sumber Berita : Twitter Akhi Fairuz Al-Jengkawi & Shaiful Rizaidie