Sir Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo dalam satu rakaman video mendakwa, dia mengalu-alukan jika usahawan Nur Sajat ingin mengambil tindakan saman terhadapnya.
Dalam rakaman yang dimuat naik ke rangkaian YouTubenya, Papagomo memberi reaksi mengenai kenyataan Sajat ingin mengambil tindakan undang-undang ke atasnya dan berkata:
Hey, Jat. Aku kalau bab-bab saman ni, aku dah lali, aku dah tepu, tau. Dan sebenarnya aku sendiri pun mengalu-alukan untuk Sajat jalankan tindakan saman ini, kerana apabila naik ke mahkamah, ia merupakan satu perkara yang paling sedap. Karana kita akan dapat tahu identiti Sajat yang sebenar.
Dan paling penting, kita nak tarik mak bapak dia duduk dalam kandang, untuk mengesahkan semasa lahir adakah Sajat mempunyai kemaluan wanita ataupun ‘belalai’.
Video tersebut boleh ditonton di bawah:
Dalam video yang sama, Papagomo mendakwa bukan dia yang menimbulkan provokasi, tetapi kenyataan Sajat kepada umum mengenai dirinya seorang perempuan disifatkan oleh beliau sebagai satu penipuan dan usahawan itu perlu memohon maaf di atas kenyataan mengaibkan yang pernah dibuat olehnya.
Ujar Papagomo, Jat, kalau nak saman, segerakan. I’m ready. – beautifulnara.com