Sajat Mohon Maaf Isu ‘Pondan’ Tidak Kena COVID-19, Dakwa Diri Dianiaya

Hiburan

Sajat Mohon Maaf Isu ‘Pondan’ Tidak Kena COVID-19, Dakwa Diri Dianiaya

Baru-baru ini, usahawan kontroversi Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sekali lagi dikecam teruk netizen selepas mengatakan setakat ini belum ada lagi golongan ‘pondan’ dijangkiti wabak COVID-19. Kenyataannya itu membangkitkan kemarahan ramai sehingga mendapat perhatian pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Husam Datuk Baderudin yang meminta dirinya untuk bertaubat.

sajat pondan tak kena covid-19

Advertisement

Enggan terus dikecam, Sajat tampil memohon maaf dan menjelaskan dirinya dianiaya. Video yang tersebar di media sosial telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin menjatuhkan dirinya.

Saya tahu disebabkan video itu ramai marah termasuk ustaz. Jadi, saya minta maaf. Cuma, ingin dijelaskan apa yang ditularkan itu adalah hasil suntingan pihak tidak bertanggungjawab.

sajat pondan tak kena covid-19

Sebenarnya petikan itu diambil daripada video siaran langsung di Instagram. Saya hanya menjawab soalan netizen yang mengatakan pondan pembawa Corona (Covid-19). Malah, soalan sama ditanya berulang kali yang sengaja nak buat provokasi.

Jadi, saya jawab kenapa nak kena salahkan gender dalam kes ini. Wabak ini tak kira siapa pun. Malah, asal wabak ini pun dari mana. Disebabkan pondan, terus cakap nak kata punca. Itu sebab saya cakap tak pernah lagi pondan kena Corona. Tapi, bahagian itu saja yang diambil, sunting dan tularkan.

sajat pondan tak kena covid-19

Menurut Sajat, dia tidak pernah lagi membuat video siaran langsung semata-mata hendak bercakap mengenai isu itu. Dia turut mempersoalkan mengapa bahagian itu sahaja dipotong dan ditularkan sehingga timbul salah faham.

Terdahulu, rata-rata netizen menyifatkan apa yang dikatakan oleh Sajat itu terlalu melampau dan didakwa seperti mencabar kekuasaan Allah SWT. Malah, Ustaz Husam juga tidak menolak kemungkinan apa yang sedang berlaku kepada Malaysia sekarang ini berpunca dari kelakuannya. Sebelum ini sudah bermacam- macam dakwah dan nasihat yang diberikan kepada Sajat tetapi ia seolah-olah tidak dipedulikan.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...