February 14th, 2020

Kontroversi Nur Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menunaikan umrah sehingga hari ini masih hangat diperkatakan. Bagaimanapun, bila berkenaan identitinya, ia masih menjadi teka-teki.

sajat umrah

Agak mustahil untuk kita dengar pengakuan rasmi daripada tuan empunya badan, alasannya dia tidak mendapat kerjasama daripada pihak JAKIM untuk menentukan jantinanya kerana tiada surat sokongan untuk melakukan pemeriksaan di hospital.

Terbaru, menerusi satu temu bual di Harian Metro, Sajat menjawab segala persoalan berkaitan kontroversi dia berpakaian seperti wanita ketika menunaikan umrah dan tidak melakukan ibadah tersebut mengikut fitrah asal.

Salam dengan jemaah wanita lain berlapik

Meskipun tidak mengakui dirinya sebagai seorang lelaki, Sajat berkata dia mengelak daripada menyentuh wanita selain daripada ibu dan ahli keluarganya sahaja. Salam berlapik menggunakan tudung.

Saya bersama dengan mak saya dan anak-anak saya, kalau ada wanita nak bersalam pun saya berlapik guna tudung.

Mengaku solat di saf wanita

sajat umrah

Sajat mengakui dia melakukan ibadah, solat di kawasan jemaah wanita, tidak merasakan kehadirannya itu mengganggu jemaah lain.

Memang saya solat di saf wanita, saya buat ibadah dan tidak mengganggu jemaah lain. Saya tahu batas-batasnya.

Kalau betul perempuan kenapa salam berlapik?

sajat saf wanita sajat solat saf wanita sajat umrah

Namun, apa sahaja penjelasan Sajat untuk mempertahankan dirinya tidak dipercayai oleh netizen. Rata-ratanya mempersoalkan, jika benar dia seorang wanita seperti yang sering dikatakan, mengapa pula Sajat harus bersalam dengan jemaah wanita lain berlapik? Ini bermakna, identitinya memang seorang lelaki.

Sumber Berita : Harian Metro

11 responses to “Sajat Mengaku Solat Di Saf Wanita, Salam Jemaah Wanita Lain Berlapik”

  1. ry says:

    mudahnya dia permainkan agama…tapi menteri kata isu kecil…nnt berduyun la nyah g solat kat tmpt wanita..
    kalo bangsa lain bukan main kita marah…tapi sebab dia kaya…menteri kata isu kecil ja.aurat wanita lain tolak tepi

  2. tecit says:

    sebab tula Allah kate sebelum nak beramal tu kene ade ilmu. Ko jantan masuk saf wanita ko xrase ko putuskan saf org lain ke. hanat sorg ni aku tepuk dahi kang. g blaja dlu la baru buat ibadat sia2 ibadat ko

  3. Beras wangi says:

    Apa susah. Muslimah lain xberdosa sb xtahu tp dia tanggunglah dosa2 tu. Putus saf pn dia tanggunglah. Biarlah kt dia. Biarlah tiap2 thn nk p umrah. Bagusla tu, mudah2an dgn cara ni lama2 pintu hati dia terbuka menerima hidayah Allah.

  4. Who cares says:

    Saf terputus camne pulak bang jat..aurat muslimah time ambil wudhu pun camne jugak tu

  5. korok says:

    balik umrah ketara muka jantan ko jat…x ngaku jantan abis yg lagi 2 ekor tu khunsa gak ke…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini