Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sajat Mengaku Solat Di Saf Wanita, Salam Jemaah Wanita Lain Berlapik

sajat solat saf wanita

Kontroversi Nur Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menunaikan umrah sehingga hari ini masih hangat diperkatakan. Bagaimanapun, bila berkenaan identitinya, ia masih menjadi teka-teki.

sajat umrah

Advertisement

Agak mustahil untuk kita dengar pengakuan rasmi daripada tuan empunya badan, alasannya dia tidak mendapat kerjasama daripada pihak JAKIM untuk menentukan jantinanya kerana tiada surat sokongan untuk melakukan pemeriksaan di hospital.

Terbaru, menerusi satu temu bual di Harian Metro, Sajat menjawab segala persoalan berkaitan kontroversi dia berpakaian seperti wanita ketika menunaikan umrah dan tidak melakukan ibadah tersebut mengikut fitrah asal.

Salam dengan jemaah wanita lain berlapik

Meskipun tidak mengakui dirinya sebagai seorang lelaki, Sajat berkata dia mengelak daripada menyentuh wanita selain daripada ibu dan ahli keluarganya sahaja. Salam berlapik menggunakan tudung.

Advertisement

Saya bersama dengan mak saya dan anak-anak saya, kalau ada wanita nak bersalam pun saya berlapik guna tudung.

Mengaku solat di saf wanita

sajat umrah

Sajat mengakui dia melakukan ibadah, solat di kawasan jemaah wanita, tidak merasakan kehadirannya itu mengganggu jemaah lain.

Memang saya solat di saf wanita, saya buat ibadah dan tidak mengganggu jemaah lain. Saya tahu batas-batasnya.

Kalau betul perempuan kenapa salam berlapik?

sajat saf wanita sajat solat saf wanita sajat umrah

Namun, apa sahaja penjelasan Sajat untuk mempertahankan dirinya tidak dipercayai oleh netizen. Rata-ratanya mempersoalkan, jika benar dia seorang wanita seperti yang sering dikatakan, mengapa pula Sajat harus bersalam dengan jemaah wanita lain berlapik? Ini bermakna, identitinya memang seorang lelaki.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 Comments

  1. zana

    February 17, 2020 at 1:46 pm

    tak kisah lah salam lapik ke, x sentuh pompuan ke, dah kalau jantan masuk saf wanita, putus saf lah bongok. itu x pk ke? org berjemaah ni nakkan pahala sama2, ko pulak mencelah tengah2. x ke sia2 yg lain tu? :( Dah kalau tahu diri tu jantan, tp buat2 mcm khunsa la konon, pegi duduk last skali supaya amalan org lain2 tu x sia2 kerana kejahilan kau. aduiila bengap :(

Loading...
To Top