February 4th, 2020

Usahawan kosmetik, Nur Sajat mencetuskan banyak kritikan sejak beberapa hari lalu apabila dia bertindak melampau berpakaian seperti wanita lengkap bertelekung ketika menunaikan ibadah umrah. Apa yang dilakukannya kini menjadi perhatian ramai termasuklah pihak kerajaan yang mengatakan Sajat telah memberi imej buruk kepada Islam dan negara Malaysia.

haneesya hanee

Baru-baru ini, model dan pelakon Haneesya Hanee turut memberikan pandangannya mengenai kontroversi Sajat.

Memahami situasi, Haneesya berkata orang ramai khuatir jika Sajat telah menjejaskan ibadah orang lain. Sekiranya benar dia seorang lelaki, maka apa yang dia lakukan adalah satu kesalahan berat, duduk di saf wanita ketika solat di Masjid Nabawi & Masjidil Haram. Boleh terputusnya saf wanita sebab adanya lelaki, aurat jemaah wanita lain juga tercalar selain solat mereka terbatal.

haneesya hanee sajat

Ada netizen tetap sokong Sajat

haneesya hanee sajat haneesya hanee

Meskipun Sajat telah mencemarkan tempat ibadah dan Tanah Suci, namun masih ada juga sesetengah netizen yang berpihak kepadanya. Tidak setuju apabila status jantinya dipersoal dan dikritik. Mempertikaikan mengapa masyarakat ingin terus mengecam Sajat.

Tidak berdiam diri, Haneesya tampil membidas penyokong Sajat bahawa apa yang berlaku boleh mendatangkan kesusahan kepada jemaah wanita lain.

“Sajat lelaki apa dia buat itu haram”

haneesya hanee sajat lelaki haneesya hanee

Tidak hanya berdiam diri, Haneesya tampil menyelar penyokong Sajat. Mengapa mereka masih lagi ingin menyokong seseorang yang secara jelas telah melakukan perkara haram, mempermainkan agama dan mencemarkan tempat suci bagi umat Islam.

Netizen sokong Haneesya

sajat umrah sajat umrah haneesya hanee sajat umrah

Terdahulu, rata-rata netizen meminta agar pihak berwajib mengambil tindakan terhadap Sajat. Mereka tidak boleh menerima cara usahawan itu yang “mencemarkan” bumi Makkah dan Madinah iaitu dua tempat paling suci bagi umat Islam. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh dan tindakan serius perlu diambil.


8 responses to “Sajat Lelaki Dan Apa Dia Buat Itu Haram – Haneesya Hanee ‘Sekolahkan’ Penyokong Sajat”

  1. koserr says:

    twitter je pon..nak grammar sgt nak amik SPM ka A-level ka oiii..meluat betul aku yg nak membetulkan bahasa org tk kena tempat ni…yg penting subject nak disampaikan tu…ye ko nak ckp ko bagus kan! ko nak apa? award…

  2. sANJUT says:

    OH MY ENGLISH!!

  3. MSJ says:

    Bagi yg tak paham, bagi penyokong LGBT ni orang transgender dirujuk ikut jantina baru dia. Ini bukan dari segi peribadi sahaja. Bagi mereka, orang transgender perlu dirujuk ikut jantina baru mereka dari segi undang-undang juga. Maknanya, ikut persepsi golongan LGBT, Sajat akan melanggar undang-undang dan perlu dihukum kalau dia masuk tandas lelaki. Itu sebab yg seorang tu tak paham apa yg Hanee cakap. Orang tu anggap Sajat berdosa kalau tak pakai tudung, sebab dia dianggap perempuan.

Loading...